berita

Terima Impak Yang Besar Ekoran Covid-19, Kempen Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan

March 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang dilancarkan pada 31 Disember tahun lepas, terpaksa dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang berlaku di negara ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, pembatalan kempen yang menyasarkan kemasukan 30 juta pelancong dan menjana RM100 bilion pendapatan daripada industri pelancongan tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menerima impak yang besar

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri keputusan yang dibuat tersebut diambil kira selepas sektor pelancongan di Malaysia dan dunia menerima impak yang besar selepas berlakunya penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Tambahnya, pembatalan tersebut seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di samping itu, pihak kementerian turut membekukan semua urusan kaunter dan perkhidmatan dalam talian bagi permohonan baharu, pembaharuan lesen pengendalian pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki.

Pembekuan semua perkhidmatan kaunter dan dalam talian di Bahagian Pelesenan Pelancongan serta Pejabat MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac 2020.

Premis penginapan pelancong beroperasi

Sekadar gambar hiasan

Datuk Seri Nancy turut memberitahu bahawa semua premis penginapan pelancong masih dibenarkan beroperasi, namun secara minimum.

Semua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh berkenaan dan tempahan sajian hendaklah dibuat secara ‘room service’. Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan dihadkan.

Walau bagaimanapun, pelancong domestik yang baru ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong tidak dibenarkan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×