Lebih 20 tahun meninggalkan dunia seni, penyanyi Illa Sabry mengucapkan terima kasih kepada Ajai kerana masih percaya dengan bakatnya dan mengundangnya ke Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Konsert By Ajai & Mega Friends Benar-Benar Mega! Himpunkan Tiga Pemenang Vokal Terbaik Secara ‘Hattrick’ Atas Satu Pentas
Artikel Berkaitan: ‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip Sudah Dua Bulan Menetap Di Sarawak, Ambil Masa Tenangkan Diri
Ambil masa berfikir
Menerusi perkongsian di TikTok, Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 45, berkata, dia mengambil masa untuk berfikir sebelum bersetuju menerima jemputan dari Ajai.
Namun, bersyukur persembahannya menerusi lagu hits miliknya berjudul ‘Keranamu Kekasih’ di konsert tersebut berjalan dengan lancar.
Jutaan terima kasih kepada abang Ajai dan pasukan kerana yakin dan percaya untuk saya beraksi di pentas yang gah ini walau sudah lebih 20 tahun meninggalkan bidang seni.
Lama juga berfikir untuk mengambil keputusan menerima jemputan ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan syukur masih ada yang ingat.
Dalam pada itu, Illa turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus memberi sokongan serta kata-kata semangat.
Saya amat terharu dan hargai segala komen positif anda semua. Maaf jika ada silap, maklumlah sudah lama tak menyanyi.
3 Ogos lalu, Konsert By Ajai & Mega Friends telah berlangsung dengan meriah di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang dengan dihadiri kira-kira 4,000 penonton.
Selain Illa, konsert berkenaan turut diserikan dengan penyanyi jemputan lain termasuk Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, Aufahanie dan Raes.
Sumber: TikTok