Sekitar seminggu yang lalu, OhBulan! melaporkan mengenai keadaan kesihatan pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan dalam saluran kencingnya.
Artikel Berkaitan: Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital
Artikel Berkaitan: ‘Abah Kena Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing & Prostate’ -Anak Jalaluddin Hassan
Syukur diri semakin pulih
Foto: Harian Metro
Terbaru, pelakon drama Nur itu mendedahkan dirinya kini semakin pulih namun perlu melakukan beberapa siri pemeriksaan lain bagi memastikan tiada penyakit lain yang timbul ekoran jangkitan itu.
Keadaan saya semakin pulih. Cuma doktor akan terus pantau dan melakukan beberapa prosedur rawatan lanjut.
Ini termasuk mengambil sampel darah untuk mengesan jika ada penyakit lain yang timbul susulan jangkitan itu.
Selain sakit pada bahagian pinggang dan berasa pedih setiap kali nak kencing, usus saya juga tidak selesa. Keadaan itu agak mengganggu apabila saya hendak buang air besar.
Menurut laporan Harian Metro, Jalaluddin disarankan oleh doktor untuk terus berehat dan mendapatkan rawatan di hospital dan melupakan perihal kerja buat seketika.
Kalau ikutkan, hari ini juga saya ingin keluar. Tetapi doktor tidak izinkan kerana keadaan saya masih belum stabil.
Berjalan pun masih terhoyong-hayang. Saya juga pakai tag merah yang bermaksud tidak dibenarkan untuk discaj.
Dalam pada itu, Jalauddin menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat dan rakan-rakannya yang tidak putus mendoakan kesihatannya.
Sumber: Harian Metro