Sudah terlantar hampir setahun akibat barah otak dan lumpuh, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nurul Adira Asheera Abdullah akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Menerusi Facebook Az Niena, wanita ini memuat naik sebuah posting mengenai berita duka itu kepada orang ramai yang telah sudi menghulurkan sumbangan sebelum ini.
Terima kasih pada semua
Assalamualaikum, saya Nina kawan kepada ibu Nurul Adira Asheera Binti Abdullah Neyna Aat ingin memaklumkan bahawa Nurul Adira Asheera Binti Abdullah dah pun kembali kerahmatullah sebentar tadi. Mohon share untuk semua dapat maklumat ni. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus berdoa buat Adira dan keluarga tak lupa juga pada semua yang sudi bagi sumbangan buat Adira. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda sekeluarga. Amin.
Az Niena yang merupakan kawan kepada ibu arwah, memberitahu bahawa wanita itu ingin berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan Adira sehingga kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir. Terdahulu, wanita itu pernah meminta orang ramai untuk memberi sumbangan kepada keluarga arwah bagi memudahkan urusan mereka membeli barang keperluan seperti susu dan lampin pakai buang.
Dikejarkan ke kecemasan
Rasanya most of rakan muka buku sedia maklum yang saya senantiasa mengikuti perkembangan dan support keperluan asas dyra. Dan ramai juga diantara sahabat2 yg turut serta membantu berinfak bersama saya. Syukur. Dyra dikejarkan ke kecemasan Hospital Teluk Intan semalam kerana kesukaran bernafas, disahkan infection paru-paru dan warded ward untuk pantauan khusus. Dyra lemah kawan-kawan dan atas nasihat doktor tiada pelawat dibenarkan menziarahi Dyra.
Dyra, kanak-kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang menderitai kanser otak yang tidak mempunyai sebarang ubatan yang boleh membantu Dyra sembuh melainkan dengan izin Allah. Dengan kemerosotan kesihatan Dyra, saya dengan rendah diri bagi pihak keluarga Puan Nina (Ibu Dyra) ingin memaklumkan tidak membenarkan kunjungan buat masa ini.
Terdahulu, Puan Lyeza Arasad turut memuat naik di Facebook mengenai tahap kesihatan Adira. Menurutnya, Adira terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan paru-paru dan mempunyai masalah pernafasan. Tambahnya, tiada sebarang ubat dapat membantu kanak-kanak itu melainkan kuasa Allah.
Sumber: Az Niena & Puan Lyeza Arasad