berita

Terima Kasih Cikgu! – 25 Guru Terima Anugerah Guru Inspirasi 2020 Daripada McDonald’s

May 19th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Bila sebut saja Anugerah Guru Inspirasi, kami yakin ramai yang dah tahu ini adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh McDonald’s Malaysia untuk menghargai dan mengiktiraf jasa guru-guru di seluruh negara.

Anugerah ini juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah tentang pengorbanan guru-guru yang sanggup menggalas tanggungjawab melebihi keperluan tugas hakiki mereka sehingga berjaya memberi impak yang berpanjangan kepada para pelajar.

Lebih 16,000 pencalonan sejak 2017

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia menerima lebih 16,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia di seluruh negara. Tahun ini, hampir 5,000 pencalonan diterima dan daripada jumlah tersebut seramai 25 guru hebat dan luar biasa telah dipilih sebagai pemenang.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, perkongsian kisah-kisah luar biasa tentang komitmen para guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar menjadi bukti bahawa para guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa McDonald’s Malaysia turut berhasrat untuk mewujudkan sebuah platform yang boleh mengabadikan kisah-kisah guru luar biasa supaya usaha dan semangat mereka sebagai pendidik dapat dijadikan teladan. Terbaiklah McDonald’s!

Terima kasih cikgu!

Memetik kisah Cikgu Selvamary a/p Lourdesamy dari Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 Selangor, beliau dikatakan terkenal dengan teknik mengajar yang sangat berkesan bagi mata pelajaran Biologi. Lebih mengagumkan, Cikgu Selvamary juga kerap meluangkan masa selama lima jam selepas waktu persekolahan untuk mengajar kelas tambahan.

Jasa baik Cikgu Selvamary terus diingati bekas pelajarnya sehingga hari ini kerana masih ramai yang melawat dan mengirimkan hadiah pada hari istimewa walaupun mereka telah lama menamatkan persekolahan.

Encik Darrel Wong Lee Sze dari Sekolah Kebangsaan Limpaki, Sarawak pula cukup disegani kerana sikapnya yang tak pernah berputus asa. Beliau tetap bersemangat mendidik pelajar buta huruf walaupun kurang mendapat sokongan ibu bapa.

Baru-baru ini Cikgu Darrel melaksanakan program bagi menggalakkan ibu bapa membaca bersama anak-anak. Tak cukup dengan itu, beliau juga mempunyai saluran YouTube khas untuk memperkenalkan strategi pembelajaran abad ke-21 berbentuk ‘flipped learning’.

Kisah Cikgu Muiz iaitu guru di Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor juga antara yang menarik perhatian kami. Kalau korang nak tahu, Cikgu hebat ini mahir berbahasa Mandarin walaupun beliau tidak pernah menerima pendidikan bahasa Cina secara formal.

Berkat semangat dan usaha gigihnya, ramai pelajar Melayu di sebuah perkampungan kecil di Gelang Patah Johor kini mampu bertutur bahasa Mandarin dengan lancar. Terima kasih cikgu!

Baca semua 25 kisah pemenang Anugerah Guru Inspirasi 2020 di sini.

McDonald’s buat kejutan untuk cikgu

Sempena sambutan Hari Guru 2020, setiap pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, berserta trofi dan sijil penghargaan. Pencalon pula menerima baucar bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan untuk sumbangan cerita mereka.

Selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, McDonald’s telah bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk membuat kejutan kepada guru pemenang anugerah dan pelajar mereka menerusi panggilan video. Korang boleh tonton video dekat bawah ni, sebak weh!

Tawaran eksklusif Hari Guru

Kalau korang nak baca lebih banyak kisah luar biasa penuh inspirasi tentang guru-guru hebat di Malaysia, korang boleh baca di sini.  Sebagai tanda penghargaan untuk para pendidik sempena Hari Guru, McDonald’s Malaysia ada tawaran eksklusif untuk rakyat Malaysia.

Bermula sekarang hingga 22 Mei 2020, korang boleh nikmati 2 Latte Ais saiz sederhana dan 2 Oreo McFlurry dengan harga RM14.99 je apabila beli menggunakan aplikasi McDonald’s. So, jangan lupa untuk muat turun aplikasi McDonald’s di Google Play atau App Store dan enjoy promosi istimewa!

McDonald’s Malaysia dan OHBULAN! mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan warga pendidik di seluruh Malaysia.

#McDSayangCikgu #TerimaKasihCikgu 

SKIP THIS AD ×