berita

‘Terima Kasih Daddy Azmi, Mommy Faye’ – Elly Mazlein & Bekas Suami Tak Gaduh Lagi

June 27th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Akhirnya persengketaan antara pelakon Faye Kusairi dan Elly Mazlein sudah nampak jalan penyelesaian apabila Elly Mazlein memohon maaf dan sudi berdamai demi masa depan anak. Faye Kusairi meluahkan rasa syukur apabila suaminya berkunjung ke kediaman Elly Mazlein bagi menziarahi anak mereka, Sefhia yang kini berusia dua tahun. Malah, mereka mengharapkan hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

Pertemuan yang indah

Menurut mStar Online, baru-baru ini pengarah Azmi Hatta berkunjung ke kediaman Elly Mazlein bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. Elly Mazlein menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa gembira dan syukur kerana bekas suami sudi meluangkan masa bersama anak.

Alhamdulillah pertemuan yang indah 2 beranak, Sefhia & daddy @azmi_hata
Tq daddy @azmi_hata & mommy @fayekusairi Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang. Selamat Hari raya.

Yang gelap pasti terang

Faye Kusairi menerusi Instagramnya juga meluahkan rasa syukur akan pendamaian ini dan berharap Elly Mazlein dan suaminya dapat berbincang dengan cara baik sekiranya terdapat sebarang masalah.

Assalamualaikum. Yang gelap pasti terang, Alhamdulillah… Syukur. Doa dan harapan kami termakbul akhirnya. Rasanya tak lama hari tu Faye ada post tentang “berdamai”. Tak sangka pula ianya dimakbulkan. Bersyukur sangat-sangat. Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat. Moga-moga tiada lagi salah faham. Jika ada, harap-harap mereka boleh berbincang dengan cara baik demi puteri tunggal ini. Terima kasih pada semua yang mendoakan kebaikan kami bersama.

Sumber: Faye Kusairi, Elly Mazlein

SKIP THIS AD ×