Dunia polis negara dikejutkan dengan kematian dua anggota polis yang diserang oleh seorang lelaki di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian tersebut, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said dilaporkan maut di tempat kejadian.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Tujuh Ahli Keluarga Sebelum Tembak Diri Sendiri
‘Terima kasih Ami’
Terbaharu, kakak kepada Allahyarham Ahmad Azza Fahmi mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran yang begitu meruntun jiwa di Instagram Story (IG Story).
Menerusi hantaran tersebut, kakak Allahyarham yang menggunakan nama @i.shamimie meluahkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa arwah adiknya itu.
Ami, kau buat kami sedih. Kenapa pergi Ami?
Al-Fatihah, terima kasih sebab jadi anak yang baik.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran lain, @i.shamimie menitipkan doa agar seluruh ahli keluarganya kekal tabah menghadapi ujian yang tidak terduga ini.
Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini, Ya Allah.
Allahyarham Ahmad Azzal meninggal dunia akibat tetakan di bahagian belakang leher dan kepala manakala Allahyarham Syafiq Ahmad maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang berpangkat koperal yang turut ditembak suspek kini berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Sumber: Instagram i.shamimie, Awani