berita

‘Terima Kasih Kak Nana Atas Segalanya’ – Madu Nurulhidayah Meninggal Dunia Akibat Kanser Tahap 4

November 5th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika anda mengikuti perkembangan anak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Nurulhidayah di Instagram, anda pasti mengetahui beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan madunya. Malah mereka dilihat seperti adik beradik dan sering meluangkan masa bersama.

Terbaru, Nurulhidayah mengesahkan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi akibat barah.

Arwah beriya-iya minta saya menikahi suaminya

Memetik laporan Astro Awani, Nurulhidayah meluahkan rasa sedih dengan pemergian seseorang yang sudah dianggap seperti kakak. Kehilangan Datin Bahazanariah Baharudin atau lebih mesra dipanggil Kak Zana seolah-olah merentap seluruh kekuatannya.

Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujurannya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya. Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.

Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.

Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad.

Menurut Nurulhidayah lagi, arwah telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Damansara. Arwah telah bertarung melawan barah tahap empat sejak Ogos lalu.

Mohon sedekahkan al-Fatihah

 

View this post on Instagram

 

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin. Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga Kakkkkkkk .. Allahuakbar ???

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid) on

Sumber: Astro Awani , Nurulhidayah Ahmad Zahid 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×