berita

‘Terima Kasih Kerana Anj*ngkan Saya’ – Hanya Kerana Kerja Kursus, Guru Disumpah Seranah Murid

July 9th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dinafikan, tugas mendidik anak pada zaman sekarang lebih mencabar jika dibandingkan zaman dahulu. Tanggungjawab mengajar bukan sahaja terletak pada bahu guru di sekolah, malah ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam membentuk akhlak baik anak.

Seorang guru di Facebook kongsi screenshot status Whatsapp pelajar memaki hamun hanya kerana kerja kursus Geografi. Sedih!

‘Macam anj*ng perangai kau’

Terima kasih kerana anjingkan saya. Saya doakan awak baik baik sahaja. Bebas ditimpa musibah daripada Allah.

Benda simple. Siapkan kerja kursus geografi sahaja. Buat kelas tambahan tak hadir. Sekolah pun ponteng. Allahu.

Benarlah kata orang. Budak sekarang makan kismis minda 5 lori pun masih kurang adap. Budak dulu makan lempang 1 kali dah boleh reti diajar.

Allah. Kecilnya hati.

Dugaan seorang guru

Kecewa dengan sikap pelajar yang melampau, netizen turut meluahkan simpati dengan nasib guru. Mereka turut menasihatkan guru-guru agar kuatkan semangat dalam mendidik anak bangsa.

Sumber : Haziq GilaTido II

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×