Sebelum ini pelbagai isu timbul selepas pengumuman pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega namun dapat dilihat cinta antara dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah masih utuh.
Terbaru, Alif berkongsi ucapan manis yang ditulis oleh Aisyah untuknya.
Artikel Berkaitan: ‘Segala Hasil Titik Peluh Bersama Suami & Aset Lain Telah Dipindahkan 100% Kepada Aisyah’
Artikel Berkaitan: Kemelut Rumah Tangga Beri Pengajaran, Alif Teega Setuju Serah 100% Aset – ‘Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri Dengan Sangat Baik’
Coretan Aisyah buat Alif
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani menerima sebungkus makanan daripada isteri pertamanya itu.
Bagaimanapun, yang menarik perhatian warganet adalah nota ucapan yang ditulis oleh Aisyah pada bungkusan tersebut.
Dalam coretan berkenaan, Aisyah menzahirkan penghargaannya dan berterima kasih kepada Alif.
Kepada pasangan saya yang tercinta, yang membawa kegembiraan dan kekuatan kepada saya, semoga roti wap ini membawa ketenangan dan kebahagiaan untukmu.
Terima kasih kerana menjadikan saya seorang isteri yang bahagia dan tabah, walaupun macam-macam yang datang kepada kita ketika ini.
Terdahulu, Aisyah mendedahkan bahawa 100% harta sepencarian antara dia dan Alif telah diserahkan semua kepadanya atas persetujuan mereka berdua.
Sebelum ini, kecoh diperkatakan tentang Alif yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Sumber: Instagram Alif Teega