Cucu kepada Allahyarham Datuk Pahamin Rajab yang juga merupakan ‘influencer’, Kasih Iris Leona, terkesan dengan pemergian datuknya serta menyifatkan arwah seorang sangat baik dan penyayang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang Ke London
Artikel Berkaitan: Tinggal Komen Biadab Nak ‘Pinjam’ Leona, Individu Mohon Maaf & Sedia Bersemuka Dengan Azhar Sulaiman
Masih tak percaya
Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Leona berkongsi beberapa keping foto bersama arwah datuknya. Dia juga meluahkan rasa sedih atas pemergian itu dan masih tidak percaya datuknya kini sudah tiada.
Terima kasih kerana memberi kehidupan yang baik kepada saya dan sentiasa mempercayai saya.
Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu membuat Tok Pok bangga tapi sekarang Tok Pok tiada di sini lagi. Saya takkan pernah berpeluang lagi untuk bertanya,’ adakah Tok Pok bangga dengan saya?’
Walaupun diselubungi dengan kesedihan dan tidak berpeluang lagi untuk bersama datuk, tetapi Leona tetap berjanji akan menjadi seorang yang berjaya.
Saya sangat sedih kerana masa kita bersama di atas dunia ini sudah berakhir. Saya harap saya boleh ucap selamat tinggal buat kali terakhir dan beri Tok Pok pelukan terakhir.
Saya tidak boleh memutarkan masa tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadi seorang cucu yang akan membanggakan Tok Pok.
Dalam pada itu, Leona juga menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengenang dan menghargai pengorbanan arwah yang banyak berjasa dan menyayanginya.
Jika saya mempunyai satu lagi peluang untuk bercakap dengan Tok Pok, saya ingin Tok Pok tahu bahawa saya sentiasa berterima kasih atas semuaya yang Tok Pok lakukan untuk saya.
Tanpa Tok Pok saya bukanlah sebahagian daripada diri saya sekarang. Saya sangat bertuah kerana dapat memanggil Tok Pok sebagai datuk saya dan saya harap Tok Pok juga rasa yang sama.
Saya harap Tok Pok dapat rehat dengan tenang. Saya sayang, saya rindu dan akan sentiasa menyanyangi Tok Pok selama-lamanya. Jumpa lagi di dalam mimpi.
Terdahulu, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Pengerusi Air Asia Berhad menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan ke London untuk menghadiri majlis graduasi cucunya.
Sumber: Instagram