Pelakon Azhar Sulaiman sebelum ini bertindak mendedahkan individu yang meninggalkan komen biadab di media sosialnya berhubung kontroversi yang melibatkan anaknya, Kasih Iris Leona.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Leona Berbikini Putih, Minta Maaf Bagi Pihak Anak
Artikel Berkaitan: Leona Perlu Bantuan Terapi, Netizen Nasihat Dekatkan Diri Dengan Allah – ‘Rehat Dari Media Sosial’
‘Pinjam Leona..’
Baru-baru ini pelakon berusia 51 tahun itu kesal dengan tindakan individu tersebut kerana telah meninggalkan komen berbaur lucah di TikTok miliknya dengan tanpa rasa segan.
Papa, pinjam Leona semalam.
Berang dengan lelaki tersebut, Azhar bertindak mendedahkan komen berkenaan dengan memuat naik di Facebook (FB) dan menyatakan mahu bersemuka dengannya.
Brother nak cuba saya ke?
Bagaimanapun, Azhar berkata dia tidak akan saman lelaki itu walaupun ramai warganet yang meminta agar dia mengambil tindakan lanjut, malah ada juga warganet yang berjaya mendapatkan maklumat kad pengenalannya.
Saya tak perlu saman dia, seseorang akan tampar dia nanti. Keluarga Leona sangat besar kaum kerabat dia.
Terima kasih kepada peminat yang bagi saya kad pengenalan lelaki ini tanpa diminta. Kuasa persahabatan.
‘Saya mohon maaf..’
Tidak menunggu lama, lelaki yang difahamkan sudah berumah tangga itu tampil memohon maaf atas keterlanjurannya semasa meninggalkan komen.
Azhar Sulaiman, saya mohon maaf atas keterlanjuran komen dan kata-kata. Saya faham sekiranya kata-kata dari komen saya membuatkan abang marah terhadap saya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga bersedia untuk berjumpa Azhar untuk menyelesaikan isu tersebut.
Saya sedia berjumpa abang bagi permohonan maaf.
Sumber: Facebook