berita

‘Terima Kasih Kerana Tidak Menyukarkan Saya Semasa 19 Mac’ – Ucapan Birthday Engku Emran Buat Adik Ipar

April 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tanggal 9 April merupakan hari ulang tahun kelahiran adik kepada pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief. Di Instagram, Aqief kelihatan menerima pelbagai ucapan ‘istimewa’ daripada ahli keluarganya. Antara ucapan yang berjaya mencuri tumpuan netizen adalah ucapan daripada abang iparnya, iaitu Engku Emran.

Terima kasih tidak menyukarkan saya

Cerdas, bersikap sopan, baik hati, rendah diri, sentiasa hormat dan sangat matang. Begitulah cara saya menggambarkan adik ipar saya. Terima kasih kerana tidak menyukarkan saya semasa 19.3.

Menurut Engku Emran, Aqief seorang yang sangat matang daripada umurnya. Sebagai abang ipar, Emran berdoa agar Aqief sentiasa dikurniakan ketenangan dan kesabaran untuk menempuhi segala ujian dariNya. Lebih menarik, Emran turut menyatakan ucapan terima kasih kerana Aqief tidak menyukarkannya semasa proses akad nikah tempoh hari.

Terdahulu, Aqief menjadi wakil wali kepada ayahnya semasa majlis pernikahan Engku Emran dan kakaknya iaitu Noor Nabila. Bukan itu sahaja, dia turut wali semasa majlis pernikahan Noor Neelofa dan PU Riz iaitu seminggu selepas majlis Nabila. Semasa mengahwinkan PU Riz dengan kakaknya, Aqief dipercayai sebak dan terpaksa mengulang semula lafaz akad.

Happy birthday Lala!

Rata-rata ahli keluarga Aqief menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keluarga. Menurut adiknya iaitu Athisha, dia bangga kerana memiliki satu-satunya abang seperti Aqief.

Sumber: Engku Emran, Athisha & Ameera Khan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×