Antara pasangan menjadi favourite netizen tahun ini adalah pasangan Jep dan Sari Yanti ni. Perkahwinan mereka yang mengejut mendapat restu seluruh peminat. Rata-rata peminat memuji tindakan Jep yang menyunting Sari sebagai isterinya dalam tempoh tidak lama.
Terbaru, menerusi laman Instagram milik Jep. Dia melahirkan perasaan syukur dan berharap Sari terus istiqamah. Adakah ini petanda Sari bakal berhijab?
Terima kasih memudahkan urusan saya
Alhamdulillah.. Dengan izin & gerakNya.. Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti ??. *Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak*
Melalui perkongsian Jep Sepahtu di laman Instagram miliknya, Jep melahirkan rasa syukur dan mengharapkan Sari terus istiqamah. Mungkin ini petanda yang Sari bakal menamatkan zaman ‘free hair’. hehe. Sama sama kita doakan kakak cantik kita ni agar berhijab. Inn sha Allah.
Ramai peminat puji Jep
Cantik bak bidadari
Ya Allah cantiknya Sari ni, admin tengok pun memang betul kata Jep. Bidadari itu wujud :p
Sumber : ashhannas , Jep Sepahtu