Konsert Slam Muncul Lagi akhirnya berlangsung dengan gemilang pada malam Sabtu selepas dua kali ditangguh disebabkan pandemik Covid-19.
Terima kasih setia
Hampir 1,500 orang yang memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Zamani selaku vokalis kumpulan itu terharu dengan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminat.
Biarpun mengalami masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis, penyanyi berumur 51 tahun itu tetap melunaskan janji dengan menggagahkan dirinya untuk berdiri dan sesekali duduk.
Terima kasih setia bersama saya, dalam keadaan straight atau bengkok (merujuk keadaan kesihatan).
Anda masih kekal menyokong kami. Semoga anda semua pulang dengan kenangan manis.
Dalam konsert dua jam itu, Slam mendengdangkan lagu wajib ‘dilayan’ kepada ribuan pengunjung antaranya Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Manisnya Rindu, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Maria Mariana, Kembali Merindu, Suratan, Biarkan Ia Pergi dan Kembali Terjalin.
Selain Zamani, Slam turut dianggotai oleh Shah selaku ketua kumpulan juga pemain gitar utama, Ajak (gitar kedua), Lili (bass), Man (dram) dan Eddie (keyboard).
Ella naik atas pentas
Sebelum menutup tirai persembahan, Zamani turut memanggil Ratu Rock Negara iaitu Ella naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyi.
Lebih istimewa lagi, Konsert Slam Muncul Lagi dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Selain itu, rakan artis juga datang memeriahkan suasana antaranya adalah Neves Pretty Ugly, Ajai, Shuib, Wany Hasrita dan Radin ERA.