berita

‘Terima Kasih Ustaz Sudi Bantu’ – Ramai Tinggal Di Rumah Usang, Adun Tanjung Lumpur Beri Penjelasan

May 8th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Selain menyampaikan barangan keperluan, Ustaz Ebit Lew turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rumah yang selesa. Beliau dengan rela hati mahu membiayai sewa selagi dirinya berkemampuan. Kebaikan yang dilakukannya benar-benar menyentuh hati netizen namun ada suara sumbang yang cuba mencetuskan isu apabila melontarkan tohmahan negatif kepada adun kawasan yang dibantu.

Di Facebook, adun Tanjung Lumpur menjelaskan kekeliruan yang timbul dan sebab mengapa masih ramai rakyat Pahang tinggal di rumah usang sebegitu.

Terima kasih ustaz Ebit Lew sudi bantu

Assalamualaikum.

PENJELASAN RESMI ADUN TANJUNG LUMPUR.
TERIMA KASIH USTAZ EBIT LIEW KERANA MEMBANTU ORANG TANJUNG LUMPUR.
7/5/2020

Pertama-tama saya mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Ebit Liew ke Negeri Pahang termasuklah ke Kg Tanjung Lumpur dan DUN Tanjung Lumpur yang menjadi kawasan tugasan saya sebagai wakil rakyat disini. Semoga air mata Ustaz yang tumpah disini menjadi saksi kebaikan di Akhirat.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas kesanggupan dan susah payah Ustaz datang dari jauh untuk menghulurkan sumbangan dan membantu rakyat Negeri Pahang yang di timpa kesusahan, semoga jasa baik, penat lelah dan pengorbanan Ustaz mendapat ganjaran selayaknya dari Allah swt.

Sebagaimana biasa bila isu begini timbul, maka jabatan yang paling sibuk dan paling awal menguruskannya adalah Jabatan Netizen, saya mengucapkan terima kasih pada semua komen, saya kumpulkan semuanya dan saya jadikan sebagai sepadan pentunjuk untuk kearah yang lebih baik terhadap perkhidmatan saya.

Ada yang terlalu keras menghentam, namun saya melihat ianya datang dari orang dari luar kawasan tersebut, ada yang tidak pernah jejak kakinya di Tanjung Lumpur, jika benar katanya saya minta ampun dan bertaubat kepada Allah swt, jika tidak saya maafkan dia, apatah lagi dibulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

Nafi ada keluar kenyataan

Saya juga menafikan bahawa saya ada membuat sebarang kenyataan sebelum ini, saya tegaskan saya tidak pernah walaupun sebutir huruf sekalipun menulis samada terhadap isu ini ataupun terhadap Ust Ebit, namun saya melihat ada tersebar termasuk yang diviralkan oleh Pahang Daily (sudah dipadamkan kerana tersilap faham) bukannya kenyataan saya, ianya saya lihat adalah sedutan dari kenyataan saya dalam isu yang lain.

Ada juga beberapa artikel yang ditulis lalu dipetik(tag) nama saya, semua ini merupakan pandangan peribadi masing-masing, ada yang saya kenali dan ada yang tidak, ada yang dibaca ada yang tidak, namun itu bukan pandangan peribadi saya walaupun ianya hampir sama pandangannya, saya serahkan pada Allah apa jua niatnya, saya tidak mampu menguruskannya kerana media sosial terlalu liar untuk dikawal.

Berkaitan warga miskin Tanjung Lumpur yang mendapat bantuan dari Ustaz Ebit Liew, saya sangat mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz yang sudi menghulurkan sumbangan kepada beliau termasuklah menanggung kos bayaran rumah sewa beliau pastinya ini sangat meringankan bebanan beliau dan kepada Puan Noraisyah binti Md Nor dan anak-anak, penerima tersebut, bersyukurlah dengan kurniaan Allah itu, manfaatkan ianya itu untuk kebaikan didunia dan akhirat.

Pihak kami mungkin tidak mampu untuk berikan sebagaimana yang Ustaz Ebit berikan kerana komitmen pihak kami yang begitu banyak dan berterusan, namun InsyaAllah kami berusaha sekadar mampu dan sebelum inipun ramai yang membantu, samaada organisi parti, pihak kerajaan, ahli parlimen, NGO2 dan orang perseorangan termasuk yang terbaru AlFadhil Ustaz Ebit Liew turut membantu, sekali lagi terima kasih.

Penduduk asal diarah berpindah, telah disediakan rumah

Utk maklumat semua, Kg Tanjung Lumpur yang pada asalnya adalah perkampungan nelayan, namun penduduk asal yang tinggal di kawasan tanah rezab telah pun diarahkan berpindah dan pihak kerajaan telah sediakan inisiatif Flat Pak Mahad sebagai alternatif dengan bayaran sewa rm 125 sebulan, pihak kami juga terlibat membantu masyarakat disana untuk berpindah, samaada dari sudut tenaga dan keewangan.

Boleh dikatakan sebahagian besarnya telahpun berpindah dan ada sebahagian mereka dibantu pula oleh pihak MUIP (Majlis Agama Islam Pahang) untuk membayar sewa rumah mereka pada setiap bulan (bergantung pada kategori kesusahan), masaalah yang kami hadapi ialah adanya dikalangan mereka yang tinggal secara sembunyi di kawasan yang telah tidak diizinkan untuk tinggal, kebanyakkannya masyarakat dari luar seperti warga Thailand yang bekerja sebagai nelayan dan lain-lain termasuklah dari warga negara sendiri.

Keadaan ini kadangkala diluar kawalan kami, ketika kami bantu mereka keluar dari rumah yang sedemikian, datang pula orang baru secara senyap-senyap menghuni yang kadangkala pihak kami terlepas pandang dan tidak menyangka ada penghuni. Apatah lagi jika mereka sembunyikan kemasukan mereka dan sembunyikan status mereka sebenarnya, kerana bimbang dihalau dan sebagainya dan mereka pula tidak membuat sebarang aduan kesusahan dan permohonan tempat tinggal pada pihak kami.

Rumah yang didiami Puan Noraisyah itu adalah rumah yang diberikan keizinan untuk beliau tinggal oleh pemiliknya, dimaklumkan asalnya ketika dia mendiami berada dalam keadaan yang agak baik, kenapa jadi usang begitu?, datanglah ke Tanjung Lumpur dan bertanyalah sendiri kepada tuan rumah tersebut. Saya tidak boleh menjawap bagi pihak tuan rumah, jika inginkan penjelasan, saya boleh bagi no talipon pemilik tersebut. Saya rasa memadai setakat ini untuk bicarakan isu rumah tersebut, harap tidak diungkitkan lagi, kerana dibimbangi akan terbuka pula sesuatu aib yang telah Allah sembunyikan bagi menutup keburukan manusia, termasuk diri saya sendiri.

Hal yang sama juga berlaku di kawasan setinggan yang lain, ada kawasan setinggan yang hanya tidak lebih 10% penduduk asal, kerajaan telah berikan inisiatif, selebihnya insan yang silih berganti datangnya dari pelosok dunia termasuk golongan PATI tetapi ianya terletak diatas tanah bukan rezab atau milik kerajaan, saya pernah membawakan isu ini didalam dewan, tetapi pihak kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan bukan pemilik tanah dan yang lebih besar dari itu ialah bila pihak kerajaan mengutamakan dasar kemanusiaan, tak sampai hati dan terpaksa menahan tubuh dengan caci maki manusia.

Inilah isu kemiskinan di Tanjung Lumpur

Inilah DUN Tanjung Lumpur yang sedang menjadi isu kemiskinan, Kg Tanjung Lumpur hanya sebuah Kampung kecil, malahan paling kecil jika dibandingkan dengan Kampung lain didalam DUN Tanjung Lumpur, saya memilih untuk mendirikan pejabat disini bagi tujuan keutamaan membantu masyarakat disini dan boleh dikatakan setiap hari masyarakat di Kampung inilah yang datang untuk menerima bantuan dari pihak kami walaupun sedikit dan saya bersyukur kerana Allah sentiasa murahkan rezeki untuk dapat membantu mereka.

Namun dengan kemampuan yang terbatas disebabkan DUN Tanjung Lumpur yang berada dipinggiran bandar dan mempunyai jumlah penduduk yang padat kami bantu apa yg termampu dan pihak kerajaan telah sediakan beberapa inisiatif utk memajukan mereka, namun tidak semuanya berjaya dengan sebab sikap manusia, sebab itu saya sangat bersyukur dengan kehadiran Ustaz Ebit Liew yang sudi datang dan menghulurkan sumbangan kepada masyarakat kami disini. InsyaAllah saya akan menziarahi Puan Noraisyah nanti dan akan turut menawarkan diri membantu apa yang termampu.

Pada Ustaz Ebit jangan serik untuk datang, saya sangat berterima kasih, tapi malangnya saya tidak dapat bertemu beliau, kalau diberikan keizinan ingin saya memeluk beliau sebagai ucapan terima kasih saya, sebagai manusia inilah sebenarnya yang dikehendaki Islam supaya kita menjadi batu bata binaan yang saling melengkapi, saya mohon pada netizen utk hentikan sebarang komen yang memburukkan keadaan apatah lagi dibulan yang penuh barokah ini, terima kasih Ustaz Ebit, semoga perjalanan Ustaz sentiasa dilindungi Allah swt.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA

Rosli Abdul Jabar
ADUN Tanjung Lumpur.

Sumber : Abdul Jabar Rosli Rosli 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×