berita

‘Terima Kasih’ – Walaupun Tak Menang AJL34, Erni Zakri Terharu Peminat Tidak Henti Beri Sokongan

February 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Naim Daniel dengan lagu ‘Sumpah’ manakala untuk kategori vokal terbaik dimenangi oleh Hafiz Suip. Kecewa Erni Zakri pulang tanpa membawa sebarang trofi, peminat meluahkan rasa sedih, walaubagaimanapun tetap memberi sokongan padu.

Di Instagram, Erni mengucapkan rasa berterima kasih buat peminatnya yang tidak putus-putus menyokongnya. Tambahnya lagi, dia tidak akan berhenti akan terus berkarya.

Akan terus berkarya

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persembahan Ernie di AJL 34. Terima kasih semuanya terutama kepada penyokong-penyokong yang tak jemu-jemu mengundi sehingga lagu ini layak ke Semi Final. Thank you so much Ernienator and penyokong yang lain. Thank you so much kepada Rocketfuel Team kerana mempercayai apa yang ingin Ernia sampai di atas pentas.

Buat komposer lagu ini, terima kasih kerana sudi memberi melodi dan cerita indah untuk saya sampaikan kepada pendengar. Apa yang saya pohonkan ketika saya bertanding di AJL34 ini adalah kasih sayang pendengar dan penonton. Alhamdulillah Allah SWT kabulkan. I received so much love today.

Walaupun ramai tidak berpuas hati, namun Erni tenang dan berterima kasih buat semua peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan buat dirinya. Dia turut berharap agar peminat doakan dia dapat menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang.

Erni masih di tempat kedua dalam vokal terbaik

Dalam pada itu, selaku ketua juri AJL34, komposer dan penyanyi terkenal Ajai tampil memberikan penjelasan mengapa pihak juri memilih Hafiz sebagai pemenang Vokal Terbaik. Menurut mereka, Hafiz bukan sahaja mempunyai aura tersendiri tetapi teknik nyanyiannya luar biasa.

Walau bagaimananapun, menurut Ajai sendiri Erni masih di dalam kategori top 3 dalam vokal terbaik namun adat pertandingan kalah dan menang. Tambahnya, beza markah Hafiz dan Erni tidaklah terlalu banyak dan akui bahawa susah untuk membuat pilihan.

Juara di hati peminat

Sumber : Ernie Zakri 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×