Kool 101 merupakan stesen radio di Malaysia yang sentiasa relevan dengan isu semasa, sosial, dan muzik yang familiar peminat. Seiring dengan perubahan zaman, Kool 101 tidak hanya memberikan hiburan, tetapi juga mengambil langkah proaktif untuk membantu mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku.
Seperti yang viral baru-baru ini, lebih 700 pekerja di Bytedance telah kehilangan pekerjaan serta-merta. Hal ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan tenaga kerja tempatan.
Artikel Berkaitan: Buka Peluang Pekerjaan Untuk Kakitangan TikTok Malaysia Yang Diberhentikan, Stesen Radio Kool 101 Raih Pujian Netizen!
Terima lebih daripada 300 resume
Sehubungan dengan itu, Kool 101 mengambil inisiatif dan memberi peluang untuk membantu para pekerja yang terkesan dengan krisis ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Media Prima Berhad. Pada 15 Oktober lalu, Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana, telah membuat pengumuman terbuka di media sosial Kool 101 untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada individu yang terkesan dengan pemberhentian mendadak oleh Bytedance.
Awalnya, inisiatif ini dibuka khusus untuk memberi peluang kepada pekerja yang diberhentikan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Kool 101. Namun, dalam masa beberapa hari, Kool 101 telah menerima lebih daripada 300 resume, menandakan respons yang sangat positif dan luar jangkaan.
Melihat sambutan yang amat menggalakkan ini, Kool 101 bersama Media Prima Berhad mengambil peluang untuk memperluaskan peluang ini kepada pelbagai platform lain di bawah naungan Media Prima Berhad. Langkah ini dilakukan dengan tujuan memberi lebih banyak pilihan kepada calon yang hadir dan membuka ruang kerjaya dalam pelbagai bidang, termasuk penyiaran, digital, kreatif, dan lain-lain. Ini membawa kepada penganjuran Temu Duga Terbuka Media Prima Berhad, yang turut disertai oleh jenama-jenama saudara seperti TV3, TV9, Didik TV, NTV7, Wowshop, Omnia, AirAsia dan Perkeso.
Buka laluan dalam pelbagai bidang kerjaya
Temu Duga Terbuka ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada mereka yang terkesan untuk memulakan semula kerjaya dalam industri yang stabil dan berkembang pesat. Pekerja-pekerja yang diberhentikan dijemput untuk menghantar resume ke emel Kool 101 dan menghadiri sesi temu duga semalam bertempat di HR Training Room 2, Sri Pentas, Bandar Utama.
Pada hari tersebut, lebih daripada 80 individu hadir untuk mengambil bahagian dalam temu duga ini. Para peserta berpeluang untuk memilih jawatan daripada pelbagai platform di Media Prima Berhad, membuka laluan kepada pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan minat dan kelayakan mereka.
Menurut Ketua Kandungan Kool 101, Ainul Farhana, inisiatif ini bukan sahaja untuk membantu mereka yang terjejas, tetapi juga selaras dengan komitmen Kool 101 untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui platform media kami. Kami di Kool 101 sentiasa prihatin terhadap Perkembangan dan cabaran semasa.
Dengan adanya Temu Duga Terbuka ini, kami berharap dapat memberikan harapan baru kepada mereka yang terkesan, sambil membuka ruang untuk lebih ramai tenaga profesional berbakat menyertai keluarga Media Prima Berhad.
Kool 101 sentiasa menerajui inisiatif dalam menyampaikan isu-isu semasa dan sosial, menjadikannya platform yang relevan untuk semua lapisan masyarakat. Dengan pengikut digital yang tinggi, pendengar juga boleh mengikuti Kool 101 secara langsung melalui frekuensi 101.3FM di Lembah Klang, 90.2FM di Pulau Pinang, 107.3FM di Alor Setar, dan 104.3FM di Sarawak, atau melalui platform digital kami untuk hiburan dan informasi terkini.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Kool 101 di Facebook kool101my, Instagram @kool101my, Twitter @kool101my dan TikTok @kool101my juga boleh Whatsapp di 017-276 5656. Kool 101 juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.