Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Berpegangan Tangan Di Masjid, Nad Zainal & Ungku Ismail Dah Nikah?
Simpan rahsia
View this post on Instagram
Pereka fesyen duo Seth & Luna tampil membuka cerita sekaligus mengesahkan Nad dan Ungku sudah sah menjadi pasangan suami isteri.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Seth & Luna yang sudah berkawan selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar (pernikahan).
Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah.
Mas kahwin
Sementara itu, menerusi hantaran di IG, Nad memuat naik foto berpelukan dengan Ungku berserta mas kahwin iaitu RM1,000.
Dengan kapsyen ringkas, pelakon berumur 32 tahun ini meluahkan rasa syukur.
Pada 18 Januari lalu, Nad telah meluahkan rasa sayang cintanya terhadap Ungku dengan menyatakan dia mahu kekal selama-lamanya dengan aktor itu.
Kita akan stay forever and ever. I love you. Tamat.
Terdahulu, Nad dan bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.
Sumber: Instagram