berita

Terima Ribuan Friend Request Lepas Viral, ‘Shah Rukh Khan’ Temerloh Minta Maaf

July 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, viral beberapa foto seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan. Walau bagaimanapun, raut wajah tersebut sebenarnya hanyalah menggunakan aplikasi tukar wajah sahaja.

Artikel Berkaitan : Satu Malaysia Kena ‘Tipu’, Ini Wajah Sebenar Shah Rukh Khan Versi Temerloh!

Terbaru, pemilik wajah ‘Shah Rukh Khan’ Fendi Ismail memohon maaf dan tidak berniat untuk menipu rakyat Malaysia. Menurutnya, dia tidak sangka gamba tersebut viral kerana ianya hanya sekadar gurauan sahaja.

Hanya bergurau

Syaiful Afenddi Ismail yang berusia 44 tahun itu tidak sangka wajahnya sesuai dengan wajah Shah Rukh Khan sehingga viral di media sosial.

Saya tiada niat nak menipu…sekadar hendak bergurau dan selepas memilih wajah Shah Rukh Khan tidak sangka sesuai dan kena dengan wajah saya. Saya hanya kongsi gambar yang diedit itu di Facebook sejak kelmarin dengan niat bergurau.

Pagi semalam, ada rakan memberitahu gambar saya itu sudah dikongsi pengguna Facebook dan sehingga hari ini dengan lebih 1,000 perkongsian serta komen di Facebook saya.

Menurutnya, pada mulanya dia sekadar suka-suka mengedit gambarnya menggunakan sebuah aplikasi dan memilih wajah Shah Rukh Khan sebelum dimuat naik di media sosial.

Tiada niat nak menipu

Selepas gambar saya tular, saya terima banyak menerima permintaan untuk menjadi kawan di Facebook dan majoritinya wanita malah ada dari Indonesia. Saya ingin meminta maaf kepada mereka yang merasa tertipu, tak sangka penangannya memang lain macam.

Walaupun begitu, bapa kepada lima cahaya mata berusia 18 hingga 8 tahun ini berjaya membuatkan ramai terhibur. Malah dia akui terima ribuan ‘friend request’ dari orang ramai terutama sekali wanita.

Beliau juga sebenarnya merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Promosi dan Media Korporat Masjid Temerloh Jaya yang turut terkenal di seluruh negara dengan kehadiran jemaah terutama ketika solat Subuh.

Saya ahli jawatankuasa media dan publisiti masjid, jadi secara tidak langsung penularan ini membantu orang ramai mengenali masjid berkenaan. Hebat kuasa tular ini sehingga FB masjid berkenaan juga menerima ‘like’ yang banyak sejak semalam

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×