berita

Terima Suntikan Vaksin, Dr Say Cakap Macam Kena Berleter Dengan Isteri Je ‘Tak Rasa Apa’

April 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Dr Say Shazril berkongsi pengalamannya setelah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.

Rasa dia macam bini berleter

Alhamdullilah 1st dose vaccination done. Semalam merupakan 1st dose Corminaty Pfizer saya. Mesti hampa nak tau apa side effects yang saya alami kan? Terus terang saya cerita awal-awal masa kena cucuk rasa dia macam bini berleter which is masuk telinga kiri keluar telinga kanan which is tak rasa apa.

Menurut Dr Say, dia tidak berasa sakit sewaktu menerima suntikan tersebut pada awalnya. Namun, apabila tiba waktu petang, bahunya terasa sedikit sengal. Ujarnya lagi, dia tidak mengalami sebarang simptom lain seperti bengkat mahupun merah di bahagian suntikan. Tambahnya lagi, dia tidak mengalami sakit kepala, otot, sendi, lemah tubuh badan. loya, ruam dan lain-lain lagi.

Hari-hari kena call orang

Pertama, sentiasa semak MySejahtera sentiasa. Dekat sini saya mengaku bersalah sebab dia orang terpaksa telefon saya untuk beritahu mengenai tarikh dan tempak untuk saya menerima vaksin. Sedangkan, butiran tersebut sudah berada di dalam aplikasi MySejahtera.

Selain berkongsi mengenai pengalamannya merima suntikan yang pertama, Dr Say menyeru masyarakat agar sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera mereka. Jelasnya, petugas barisan hadapan terpaksa menelefon hampir 300 hingga 400 orang untuk memberitahu mengenai temu janji tersebut meskipun, butiran mengenai temu janji itu sudah terkandung dalam aplikasi berkenaan.

Kesian sesangat sebab workload mereka yg lain pun dah cukup banyak jadi marilah sama-sama ringankan tangan update MySejahtera from time to time ya. Kedua, once kalian dah decide yang kalian nak amik vaksin, kalian kena expect yang 2 dos vaksin ni tarikhnya tak boleh ditukar-tukar.

Di samping itu, Dr Say mengingatkan bahawa tarikh dos kedua yang perlu diambil tidak boleh ditukar-tukar. Tarikh dos kedua tersebut bakal diberikan setelah 21 hari dos pertama. Mengenai tempat dan masa pun perlu diikut seperti yang telah ditetapkan.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×