berita

Terima Ugutan Dalam & Luar Negara, Najib Razak Minta Pelindungan

May 20th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, sejak Rabu lalu, polis giat menjalankan serbuan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1MDB.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, bekas Perdana Menteri memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi kerana mendakwa beliau dan keluarganya menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Program pelindungan saksi

Wujud ugutan terhadap dirinya dan keluarga menyebabkan beliau membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berhubung perkara itu pada jam 5 petang semalam. Menerusi wawancara eksklusif bersama akhbar The Malay Mail, Najib mendakwa menerima ugutan ke atas diri dan keluarganya.

Menurutnya lagi dalam laporan polis, sumber ugutan itu datangnya bukan saja dari dalam negara, malah dari luar negara. Difahamkan, ugutan juga datang daripada individu yang ada kaitan dan tidak ada kaitan secara langsung dengan dana 1MDB di luar negara.

Hanya penasihat 1MDB

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mendakwa, dia hanya berperanan sebagai penasihat dalam 1MDB dan tidak terbabit dengan sebarang proses membuat keputusan, yang mana keputusan berkaitan urusan 1MDB dibuat oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Terdahulu, beliau juga mendakwa bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion yang diterimanya adalah derma yang diterima keluarga diraja Saudi. Najib dan Rosmah turut disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen, tetapi bebas untuk melancong di mana sahaja di dalam negara.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×