Popular dengan barangan kelengkapan rumah yang cantik dan moden, Ikea juga menawarkan menu makanan yang digemari ramai. Antara yang popular adalah karipap, aiskrim yogurt dan meatball yang dimakan dengan jem strawberry. Memang sedap!
Bagi sesiapa yang nak cuba masak sendiri meatball yang ‘berhantu’ ini, bolehlah rujuk resepi yang dikongsikan Zai Zafirah Zainal di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN). Confirm menjadi!
Resepi dari Ikea Australia
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Bahan-bahan untuk meatball
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)
Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.
Goreng sekejap
Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.
Cara buat kuah ikea yang sedap!
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
4. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
6. Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!
Dah siap
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
P/S: Saya izinkan share
Sumber : Zan Zafirah Zainal , Masak Apa Hari Ni (MAHN)