Perth memang terkenal sebagai destinasi percutian yang sangat cantik dan menenangkan. Bagi sesiapa yang inginkan percutian dengan suasana sunyi dan tidak sesak, Perth mungkin menjadi pilihan percutian korang!
Terdapat pelbagai sebab mengapa korang wajib pilih untuk travel ke Perth. Berikut min senaraikan beberapa sebab yang best untuk korang masukkan dalam itinerary nanti!
Pantai- pantai yang cantik
Sumber: Xtremespots.com
Buat korang yang suka feeling-feeling dekat pantai tu boleh lah singgah pantai di Perth ni. Perth memang terkenal dengan pantainya yang cantik dan bersih. Antaranya ialah pantai Cottesloe, pantai Scarborough dan pantai City. Fuh… mesti sejuk dan berangin je rasa dia.
Di situ korang boleh berehat, berenang atau join sukan air. Air biru yang jernih dan pasir yang lembut menjadikannya destinasi yang sempurna untuk pencinta pantai. Sesuai untuk percutian yang seronok bersama kawan-kawan dan family!
Terokai Hidupan Liar
Sumber: Rottnest Island & Western Australian Travel
Kalau korang nak tahu, Australia adalah rumah kepada pelbagai jenis hidupan liar tau. Di sini korang berpeluang untuk mendekati dan mengenali pelbagai haiwan menarik dengan lebih dekat dan jauh dari kehidupan bandar.
Korang boleh pergi ke Pulau Rottnest, di mana korang boleh temui Quokka yang paling comel atau melawati Taman Hidupan Liar Caversham untuk melihat Kanggaru, Koala dan haiwan Australia yang lain. Boleh lah nak beli ole-ole sekali untuk keluarga dan rakan tersayang disini!
Pengalaman Budaya
Sumber: Perth Festival
Asyik-asyik buat aktiviti nature je. Mesti korang nak belajar juga kan dengan sejarah Perth ni? Haa.. korang boleh kenali sejarah mereka dengan melawati warisan budaya Perth yang kaya dengan pelbagai tempat bersejarah seperti muzium, galeri seni dan tapak bersejarah.
Antara tempat yang korang boleh lawati ialah Muzium Australia barat, Galeri Seni Australia Barat dan Pusat Kebudayaan Perth untuk menyelami sejarah, seni dan budaya di rantau ini.
Baru boleh enjoy percutian korang tu sambil tambah ilmu tentang sejarah orang luar jugak!
Destinasi mesra Muslim
Foto: Insan’s Cafe & AussieMuslim
Buat pelancong Muslim, lagi-lagi yang datang dengan keluarga. Mesti risau kan kalau takda tempat solat selesa atau makanan halal. Tapi korang jangan risau sebab di Perth terdapat pelbagai kemudahan yang sesuai untuk Muslim tau seperti makanan halal, surau dan masjid.
Masjid Perth, yang terletak di daerah pusat perniagaan Perth, adalah tempat yang meriah untuk umat Islam beribadat dan berhubung dengan masyarakat Islam tempatan. Luas dan sangat selesa untuk korang beribadah nanti.
Bukan tu je, Perth juga ada banyak restoran halal yang memenuhi keperluan diet Muslim. Pelbagai pilihan popular termasuk Restoran Istanbul, Nando’s, Restoran India Taj Mahal, Insan’s Cafe dan Bumbu Bali.
Semua kedai ni dah disahkan halal tau! So korang tak perlu was-was dah.
Kampung Melayu, Katanning
Sumber: Rare TV
Korang pernah teringin tak nak tengok macam mana kampung Melayu di Australia ni? Ia terletak di wilayah Great Southern Australia Barat dan merangkumi penduduk yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya, termasuk penduduk Melayu.
Komuniti Melayu boleh ditemui di bahagian yang berlainan di Australia, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Perth, Sydney, dan Melbourne. Tapi, penting untuk korang tahu bahawa Kampung Melayu tertentu tidak selalu ada di kebanyakan bandar Australia.
Jadi, sebelum korang lawati Kampung Melayu di Katanning tu, kami syorkan untuk menghubungi komuniti setempat atau majlis bandaran untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dulu.
Barulah korang boleh tahu lebih mendalam tentang acara kebudayaan, perayaan atau aktiviti masyarakat Melayu di Katanning ni!
Syurga beli-belah hasil tempatan
Sumber: Westfield Carousel
Haa… kalau travel overseas ni tak lengkap kan kalau tak pergi shopping barang sekali. Untuk kaki shopping tu, kat sini lah syurga buat korang ingin membeli-belah dari hasil tempatan. Antara tempat yang sering dikunjungi ialah rumah madu, minyak zaitun dara, Mondo Nougat, kek madu, strudel epal Corica yang terkenal.
Selain tu, ada juga terapi runcit di Westfield Carousel, Lapangan Terbang DFO, Watertown, Hay Street Mall, Carillon City dan butik-butik unik di Northbridge dan Fremantle.
Pastikan duit korang tu prepare cukup-cukup tau untuk enjoy membeli-belah puas-puas di sana!
Road Trip sambil terokai Western Australia
Sumber: Canva
Korang mesti pernah tengok cerita mat salleh selalu naik campervan dan menjelajah di merata-rata tempat tu. Nampak seronok kan? Apa kata korang pulak cuba experience sendiri pengalaman naik campervan di jalan raya sekitar Western Australia ni!
Bestnya naik campervan ni korang boleh bebas dan flexible kalau nak bergerak ke mana-mana saja. Malah lengkap dengan semua kemudahan seperti tandas, katil, peti ais dan dapur. Kalau macam ni tak perlu sewa hotel pun tak apa kan! Barulah awesome percutian korang tu nanti!
Tak perlu pening-pening nak plan, korang boleh muat turun cadangan jadual perjalanan disini.
Pelbagai perkhidmatan percuma
Sumber: Canva
Bila dah berbelanja sakan dekat Perth tu. Mesti korang nak cut cost sikit kan dari segi pengangkutan. Syoknya di Perth korang boleh dapatkan bas percuma di kawasan Central Business District (CBD) tau!
Bandar Perth mempunyai Zon Transit Percuma untuk bas dan Zon Transit Percuma SmartRider untuk kereta api. Korang boleh check dulu kelayakan di sini untuk perjalanan percuma.
Bukan tu je, korang juga boleh jimat duit dari langgan internet sewaktu di sana kerana mereka juga menyediakan wifi percuma di bandar dan lawatan di bandar.
Barulah senang nak update media sosial korang tu bila-bila masa dan waktu!
Itinerary dah ada, jomlah terbang ke Perth bersama Singapore Airlines! Roundtrip cuma MYR1,968 je!
Sumber: Singapore Airlines
Wow menarikkan tempat-tempat yang min senaraikan di atas? Tapi bukan tu je sebab yang korang wajib pergi Perth tau! Selain penerbangan yang singkat dan destinasi barat paling terdekat dengan zon waktu yang sama.
Nak lagi best, Singapore Airlines tawarkan pulak harga tambang berbaloi untuk korang yang kaki travel tu. Bayaran tambang hanya MYR 1,968 je untuk pergi dan balik. Ye betul! Tawaran ini terhad sekarang sehingga 13 Ogos tahun ni saja tau!
Tempoh jualan: Sekarang hingga 13 Ogos 2023
Tempoh perjalanan: Sekarang hingga 30 Jun 2024
Nikmati pengalaman “World Class Experience” eksklusif untuk penumpang Singapore Airlines saja!
Sumber: Singapore Airlines
Singapores Airlines mengalu-alukan pelanggan ke pengalaman perjalanan bertaraf dunia. Antaranya ditawarkan:
- Pengalaman luar biasa menanti pelanggan Singapore Airlines di SilverKris dan KrisFlyer Gold Lounge
Boleh muatkan kira-kira 1,150 pelanggan untuk bahagian kelas pertama di SilverKris Lounge dan bahagian Kelas Perniagaan di SilverKris Lounge dan KrisFlyer Gold Lounge. Ruang menunggu ini akan beri korang keselesaan dan kemudahan yang pelbagai.
Korang akan dapat menikmati produk dan perkhidmatan bertaraf dunia, serta pilihan makanan dan minuman yang menarik, sepanjang masa di lounge sebelum penerbangan. Baru lah dapat relax dan enjoy sebelum penerbangan korang tu!
- Wifi penerbangan tanpa had percuma
Bukan tu je, korang juga boleh menikmati wifi penerbangan tanpa had percuma. Semua ahli KrisFlyer dalam Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Ekonomi kini menikmati pelan melayari Wi-Fi percuma selama tiga jam dan dua jam.
SIA menjadi salah satu syarikat penerbangan pertama yang menawarkan Wi-Fi tanpa had percuma di seluruh rangkaian penumpangnya untuk pelanggan Suite, Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan, serta ahli Kelab PPS.
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat book ticket flight korang di laman web SIA dan boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut!