Di Arkansas, Amerika Syarikat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui maut di dalam kereta ibunya manakala, adiknya berusia 15 bulan tidak sedarkan diri. Menerusi laporan Mail Online, kematian tersebut dipercayai berpunca daripada strok haba.
Terbaring di tempat duduk belakang
Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, Kaylee Petchenik memberitahu sewaktu kejadian dia sedang tidur di dalam rumah. Sebaik sahaja terjaga daripada tidur, dia mendapati kedua-dua anak perempuanya iaitu Laykn Petchenik dan Olivia Petchenik tiada di rumah. Keadaan tersebut membuatkan Kaylee mencari anaknya di luar kawasan rumah dan bertanya kepada jiran sama ada mereka ternampak anak-anaknya.
Hasil pencarian, kedua-dua anaknya berjaya ditemui di dalam kereta dan mereka kelihatan terbaring di tempat duduk belakang. Terkejut melihat keadaan tersebut, Kaylee segera membawa anaknya ke hospital. Semasa perjalanan, anaknya Laykn dipercayai sudah meninggal dunia. Olivia pula, dimasukkan segera ke wad kecemasan kerana keadaanya pada masa itu sangat kritikal. Kaylee turut berharap anaknya keduanya itu kembali sihat.
Mencecah 101 darjah celcius
Menurut AccuWeather.com, suhu di Booneville iaitu kawasan kediaman mereka berada pada tahap yang tinggi. Pakar Meteorologi, memberitahu indeks cuaca pada hari berkenaan mencecah 101 darjah celcius. Ujarnya lagi, tubuh kanak-kanak akan panas tiga hingga lima kali lebih cepat daripada orang dewasa. Oleh itu, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengimbangi dan menangani suhu tersebut. Manakala menurut pihak polis, kes tersebut juga masih dalam siasatan.
Setakat ini, terdapat 11 kes kematian yang melibatkan kanak-kanak berhubung isu yang sama di Arkansas. Manakala, hampir 39 kanak-kanak maut akibatan serangan panas dalam kenderaan setiap tahun. Pada 1 Julai lalu, Dewan Perwakilan di Amerika Syarikat juga telah meluluskan Hot Cars Act iaitu undang-undang persekutuan yang memerlukan teknologi yang tersedia dan berpatutan untuk mengesan kehadiran anak di dalam kenderaan.
Sumber: Mail Online