berita

Terjatuh Dari Tingkat 21 Ketika Jemur Baju, Wanita Berusia 55 Tahun ‘Terselamat’

June 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

‘Berpantang maut sebelum ajal’, itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan nasib seorang wanita ini yang terselamat selepas terjatuh dari sebuah apartment setinggi 21 tingkat.

Jatuh dari tingkat 21

Insiden cemas tersebut dipercayai berlaku ketika wanita yang dikenali dengan nama An berusia 55 tahun ini sedang menjemur pakaian di balkoni rumahnya yang terletak di Jakarta Utara, Indonesia. Namun malang tidak berbau, wanita ini tiba-tiba tergelincir dari tingkat 21 dan terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota yang diparkir di bawah bangunan tersebut.

Bagaimanapun mangsa tidak terkorban, sebaliknya hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selajutnya dan difahamkan juga, mangsa masih memberi respon ketika dalam perjalanan ke hospital. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Pihak polis memaklumkan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Mistar.Id

SKIP THIS AD ×