berita

Terjatuh Ke Dalam Sungai & Dihanyutkan Arus Deras, Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Mati

May 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Baling, Kedah, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah sungai. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada petang semalam selepas mangsa dikatakan bermain di hadapan rumahnya di Kampung Kuala Kedua, Siong.

Dihanyutkan arus deras

Sekadar gambar hiasan

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Danish Iskandar Abdul Muizz itu dipercayai bermain di hadapan rumahnya bersama ibu dan adiknya yang berusia setahun sebelum kejadian tersebut berlaku. Namun, ibunya dipercayai masuk semula ke dalam rumah dan meninggalkan mangsa bersama adiknya untuk bermain sebelum kanak-kanak tersebut disahkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus deras.

Tambah ibunya, keadaan hujan lebat sejak belakangan ini membuatkan air sungai tersebut mengalir lebih deras dan dalam.

Bukan unsur jenayah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali kejadian itu berlaku pada pukul 5 petang. Ibu mangsa hanya berjaya menemui selipar yang dipakai mangsa di tepi sungai selepas gagal mencarinya di belakang rumah mereka. Tambahnya, mayat mangsa dijumpai kira-kira kurang dua kilometer dari tempat dipercayai dia terjatuh.

Selepas itu, ahli keluarganya tidak nampak kelibat mangsa dan hanya adiknya sahaja berada di hadapan rumah. Selepas berusaha mencari di belakang rumah, mereka menemui selipar dipakai mangsa di tepi sungai kira-kira dua meter dari tebing. Masa itu air sungai deras dan dalam disebabkan hujan lebat sejak akhir ini.

Mayat mangsa ditemui terapung di sungai Lubuk Badak, Kuala Kedua oleh orang asli Lubuk Legong. Mangsa dijumpai kira-kira kurang dua kilometer dari tempat dipercayai dia terjatuh.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulim (HK) untuk dibedah siasat. Hasil siasatan pula mendapati mangsa terjatuh ke dalam sungai dan tidak ada unsur jenayah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×