berita

Terjejas Covid-19, Air Asia Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi

September 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Banyak industri yang terkesan dan mengalami kerugian yang tinggi akibat pandemik Covid-19. Salah satunya, merupakan syarikat besar Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah. Terkini, Air Asia memutuskan sekali lagi untuk mengurangkan bilangan pekerja susulan pandemik ini.

Keputusan yang sukar

Gambar sekadar hiasan

“Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini”.

Menurut sumber, pekerja yang bakal dibuang akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 24 jam. Namun, kepada individu yang terkesan, pihak syarikat bakal menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020.

Sumber turut menjelaskan bahawa proses pengecilan tenaga kerja AirAsia X juga akan dilakukan melibatkan bahagian operasi, teknikal serta kru. Kaedah yang bakal digunakan adalah “yang terakhir sertai, menjadi yang pertama keluar”. Jumlah pekerja yang bakal terjejas masih menjadi rahsia, namun dijangka ia melibatkan ratusan tenaga kerja.

Pekerja sedia ada juga turut ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih sepeti sedia kala. Sebelum ini, Air Asia telah menghentikan 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasinya.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×