Di Twitter, seorang individu yang dikenali sebagai Faisal Rahim tidak menyangka telefon lama yang disimpan di dalam stor masih berfungsi dengan baik.
Lebih manis, segala foto kenangan yang dirakam menggunakan Iphone 5S sewaktu menunaikan umrah pada 2014 masih lagi dalam keadaan baik. Perkongsiannya itu menerima pujian netizen, malah ada yang mengimbau kembali kenangan ke kota suci Mekah.
Kemampuan teknologi tahun 2013
Menurut Faisal, dia terjumpa Iphone 5s tersebut semasa sedang mengemas stor. Apabila dia cuba cas semula telefon tersebut, dia mendapati telefon itu masih hidup. Oleh itu, dia berkongsi beberapa foto hasil shoot menggunakan telefon tersebut. Tambahnya, kemampuan teknologi pada tahun 2013 sangat mengagumkan meskipun screen pada masa tersebut hanya 4 inches dan gambar yang dirakam sungguh luar biasa.
Bukan gambar dari pro photographer
Di samping itu, Faisal turut memberitahu dia sekadar ingin menunjukkan kemampuan Iphone 5s yang wujud 7 tahun lepas berbanding telefon zaman sekarang. Dia juga masih mempunyai exif data semua foto yang telah diambil olehnya. Antara momen yang berjaya dirakam oleh Faisal sewaktu menunaikan umrah selain suasana ketika berada berhampiran Kaabah ialah proses-proses pembinaan jambatan sementara di Masjidil Haram, keadaan di Gua Hira’ dan Jabal Nur.
Di akhir perkongsian, Faisal turut mendedahkan beberapa kelemahan ketika menggunakan telefon tersebut terutama pada waktu malam dan low light. Jelasnya, gambar akan menjadi grainy dan langsung tidak boleh diguna. Di akhir perkongsian, Faisal meninggalkan pesanan buat kaki foto agar banyakkan berlatih untuk shoot dan perbaiki framing. Mereka akan mendapat hasil yang baik. Jelasnya lagi, tools sepatutnya jadi nombor dua apatah lagi teknologi smartphone pada masa sekarang sungguh canggih.
Koleksi foto yang diambil
Foto di Masjid Nabawi
Foto di Masjid Nabawi
Foto di Masjid Nabawi
Foto di Masjid Nabawi
Foto di Masjidil Haram
Foto di Masjidil Haram
Foto di Masjidil Haram
Foto di Masjidil Haram
Foto di Gua Hira
Foto di Jabal Nur
Foto di Jabal Nur
Foto di Jabal Nur
Foto di Jabal Nur
Sumber: Faisal Rahim