Di Facebook, seorang lelaki berkongsi kisah mengenai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh adiknya apabila 20 biji kek yang hendak dijual ketika majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) semalam, telah rosak.
Artikel berkaitan: Trafik Sesak Sebab Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang, Graduan Tahan Motor Nak Pergi Majlis Konvokesyen
Terkandas 4 jam
Menurut Afif Fahimi, semuanya terjadi apabila adiknya berdepan dengan situasi diluar jangkaan kerana terkandas dalam kesesakan lalu lintas selama empat jam di Jambatan Pulau Pinang.
Dugaan adik perempuan saya hari ni, tapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah menangis dalam kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi tulah air mata kekuatan dalam cabaran berniaga. Bertambah semangat dia. 20 biji kek yang di dekorasikan konsep konvokesyen dibawa dari acocafe bertam seawal 6:45 pagi, semuanya cair dan tak dapat dijual. Sebagai abang, kesianlah tengok hasil seni dan kerja keras adik perempuan saya macam tu. Tapi bagi saya semua orang yang berjaya dalam business tiada jalan yang mudah.
Tambah Afif, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Alia Musfirah tidak berputus asa dengan apa yang berlaku, sebaliknya terus kuat dalam mengharungi dugaan orang berniaga. Sebagai abang, Afif turut meluahkan simpati dan kasihan apabila melihat hasil seni dan kerja keras adiknya itu musnah begitu sahaja. Namun begitu, dia juga percaya bahawa untuk berjaya dalam dunia perniagaan bukanlah mudah dan boleh dipandang ringan.
Pengalaman jadikan kita kental
Dulu saya pun lalui bermacam dugaan, tapi Alhamdulillah semua pengalaman itulah yang menjadikan kita kental, lebih bijak atur tektikal, fikir plan kontigensi, susun dan atur. Pengalaman adalah guru terhebat.
Di akhir posting, Afif berharap pengalaman yang dilalui oleh Alia itu akan menjadikan dirinya lebih kental. Jelas Afif, dia pernah alami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Terdahulu, aliran trafik di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang dilaporkan sesak berikutan kemalangan maut membabitkan sebuah lori dan treler. Susulan daripada kemalangan tersebut, ramai individu telah terkandas bahkan, ada juga yang lewat untuk menghadiri majlis konvokesyen.
Sumber: Afif Fahimi