Pelakon Fizo Omar mendedahkan pengalamannya terkandas ekoran banjir besar yang melanda ketika dalam perjalanan pulang dari Pahang ke Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan
Sangkut dekat kawasan tanah runtuh
View this post on Instagram
Menurut Fizo, dia bersama staf terkandas di kawasan tanah runtuh sejak pukul 11 malam, pada Sabtu malam. Ceritanya lebih lanjut, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar berkata dia menyaksikan sendiri ratusan orang ramai tersangkut di kawasan lebuh raya dengan keadaan hujan lebat.
Kata usahawan berumur 36 tahun, dia berjaya sampai ke Kuala Lumpur pada jam 3 pagi selepas nekad untuk meredah juga.
Terkejutnya bila tengok video ini. Kat sini lah saya, partner saya dan staf saya terkandas semalam dari jam 11 lebih.
Kami tersangkut dekat tanah runtuh ni la malam tadi dan ambil keputusan untuk patah balik dan cross ke seberang jalan (wrong way) menuju ke Kuala Lumpur. Malam tadi air sebelah jalan yang menghala ke Kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni.. dah macam sungai dah tu.
Terima kasih kepada semua yang bersama buka jalan (emergency divider) untuk masuk ke laluan bertentangan dan gamble juga menghala ke Kuala Lumpur. Sepanjang jalan tu tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di lebuh raya Karak tu. Masya-Allah.
Ramai mangsa yang terkandas dan terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selamat, takut tanah runtuh lagi dan air naik mendadak.
Ramai weh beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. Saya tak boleh bantu!! Seriously sedih tengok!!
Beberapa buah kereta yang gamble dan follow kereta kami akhirnya berjaya sampai ke tol Karak dan berhenti di BHP. Alhamdulillah sekitar jam 3 pagi saya selamat sampai di Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah.
Kena tutup tol masuk
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam turut menyuarakan pendapat terhadap pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) agar segera menutup laluan masuk ke tol Lebuhraya Karak bagi mengelakkan ramai lagi yang tersadai.
Pandangan saya, pihak LPT sepatutnya ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke Lebuhraya Karak malam tadi bila berlaku insiden tanah runtuh dan banjir.
Sehingga jam 2 pagi, kereta masih lagi menghala ke tempat terkandas tu dan dikhuatiri ramai yang stuck dekat situ dan tiba-tiba tanah runtuh menghempap mereka yang stuck dekat highway tu.
Semoga mereka yang terkandas dan masih lagi di sana dilindungi dan mendapat bantuan yang secepat mungkin.
Sumber: Instagram @fizoomar