berita

‘Terkejut Acik Macam Nampak Annabelle’ – Mekap Anak Che Ta Disamakan Dengan Patung Puaka

February 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang mendapat perhatian netizen kerana kecomelannya. Tidak hairanlah anak perempuan Rozita Che Wan ini mengumpul lebih sejuta pengikut di Instagram! Memang bukan calang-calang Ecah ni tau.

Bersempena Tahun Baru Cina, akaun Aaisyah memuatnaik gambar dia memakai cheongsam dan berposing untuk kamera. Memang tak kalah gaya langsung. Akan tetapi ada isu yang dilihat oleh pengikut akaun itu selain kecomelan Aaisyah. Apa tu?

Gong Xi Fa Cai

Beberapa keping foto dimuat naik akaun rasmi Aaisyah memperagakan pakaian tradisional Cina itu namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah mekap yang dikenakannya. Aaisyah memakai gincu merah pekat dan bersolek seperti orang dewasa.

Ada yang menyuarakan komen mereka mengenai hal itu dan berpendapat kanak-kanak sekecil Aaisyah tidak sepatutnya disolekkan sedemikian rupa.

Macam Annabelle

Paling parah, segelintir pengikut melabelkan Aaisyah kelihatan seperti watak cerita seram terkenal Annabelle dengan mekap sebegitu. Annabelle merupakan sebuah filem berkisarkan anak patung puaka yang menghantui sebuah keluarga dan mendapat sambutan box-office seluruh dunia sebelum ini.

Dunia kecil kau sekali je dik

Nampak seram

Tak mekap pun tak apa

Sumber: Aaisyah Dhia Rana

SKIP THIS AD ×