Seorang wanita kongsi pengalaman ditipu oleh scammer yang berjaya memohon I-Lestari atas namanya sendiri. Pada awalnya, wanita ini tidak perasan wang ditolak setiap bulan sehinggalah dia memeriksa penyata KWSP untuk tahun 2020. Lebih licik, apabila taktik penipuan ini tidak berjaya dikesan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri.
Duit KWSP ditolak Rm500 walau tak mohon
11/1/2021: Around 10.30am dapat email daripada HR berkenaan dengan PRS + investment. Memang dah lama plan nak apply, so terus login EPF i-Akaun utk download yearly statement. Lepas downloaded, terkejut sesangat tengok ada deduction for i-lestari since June 2020 sebanyak RM500 utk 6 bulan berturut-turut.
Wanita ini terkejut dan tak sedap hati apabila mengetahui bahawa ada penolakkan wang dari akaun KWSP walaupun tidak dimohon. Dia cuba hubungi pihak KWSP, namun panggilan tidak dijawab. Dia kemudian memeriksa kembali jika wang RM500 ada dimasukkan ke akaun bank miliknya, masih juga tiada.
Bila smpai kat EPF Branch A tengok panjangnya Q, macam ada warehouse sale… rupa-rupanya Q yang panjang tu untuk i-Sinar. So, terus jumpa officer yang bertugas & explained from A-Z. Paling tak bole blah, officer tu cakap, “Puan dah check dengan husband puan? Mana tau dia yang buat permohonan?”
Eh boleh ke orang lain yang buatkan permohonan on behalf? Satu lagi, husband atau saya tak pernah bukak wallet pasangan sesuka hati tanpa izin, inikan pulak nak buat pengeluaran EPF!
Scammer guna nama dan IC
Selepas menunggu beberapa kali, pegawai tersebut memaklumkan ada permohonan pengeluaran melalui laman sesawang mereka dan ianya telah diluluskan. Pemohon tersebut telah menggunakan nama dan kad pengenalan wanita tersebut namun maklumat bank, no telefon serta alamat tidak diketahui.
Terus tanya balik officer tu,
1. Kenapa saya tak dapat sebarang sms/email/surat verification sewaktu permohonan dibuat?
2. Kenapa saya tak dapat sebarang sms/email/surat berkenaan permohonan yang telah diluluskan?
3. Kenapa system tak buat verification maklumat² lain yang telah diisi dlm application form (no tel & alamat)?
Menurut pegawai terbabit, pengeluar i-lestari dibuat dalam tempoh singkat untuk memudahkan rakyat mengeluarkan duit mereka. Segala proses adalah sangat mudah demi rakyat. Namun perkara ini mengejutkan wanita ini yang terkena tipu daya ‘scammer’ menggunakan nama beliau. Kemudian wanita ini terus membuat pembatalan permohonan i-lestari.
Then, officer tu bagi tau yang pada mulanya EPF cuba creditkan RM500 tu melalui bank transfer, tapi transaction was failed & EPF terus hantar cheques ke alamat pemohon.Lepas tu sempat lagi officer tu cakap knapa puan baru realised after 6 months? YaAllah. akaun kwsp ni bukan mcm CASA. Saya cuma download statement tengah tahun ngan awal tahun jer.
Tambah wanita ini, akaun KWSP bukanlah sering dibukanya memandangkan ianya bukan bank akaun yang ada pengeluaran bila-bila masa. Wanita ini meminta segala wang i-lestari yang ditolak pihak KWSP dikembalikan semula memandangkan ini merupakan kesalahan dari pihak KWSP.
Tunggu 21 hari
Officer tu bagi tau yang fraudster tu tak bole buat apa-apa pun dengan cheques tu. Amount akan dimasukkan semula ke akaun bila cheque dah tamat tempoh. Bila saya tanya smpi bila saya kene tggu, dia cuma cakap few months. Ya Allah… saya tak nak tunggu few months, tapi saya mahu immediately sebab duit tu duit saya & duit tu sepatutnya dok diam diam dalam akaun saya.
Wanita ini membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati denganjJawapan pihak pegawai KWSP itu. Ketika di balai polis, berlaku sedikit masalah apabila pihak polis bertanyakan mengenai duit RM500 yang dimasukkan ke dalam akaun scammer tersebut. Namun pihak bank masih tidak mahu mendedahkan maklumat terperinci mengenai perkara itu.
To cut a long story short, received another called from another police officer suh kami ke IPD Wangsa Maju bahagian jenayah komersial di Jalan Pudu dgn SEGERA. Time tu memang dah physically & mentally exhausted.
Jam dah pukul 5 & we haven’t had our lunch yet. Tapi, gagahkan diri jgk redah traffic ke sana. Alhamdulillah sarjan yg menguruskan investigation sgt profesional. Report selesai within an hour. Thank you, puan sarjan.
Pada 12.1.2021 dapat panggilan daripada balai polis mengenai aduan ini. Namun selepas berpenat dan mengisi pelbagai borang, jawapannya tetap hampa. Wang akan dikembalikan hanya selepas 21 hari. Wanita ini turut meminta orang ramai agar memeriksa bagi KWSP mereka kerana bimbang kejadian ini berlaku ke atas orang lain juga.
Sumber : Ijan Nazri