Rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan kelibat ‘pocong’ akhirnya terbongkar kebenaran apabila menemui beberapa set telekung wanita disembunyikan di lokasi berkenaan. Video amatur itu dirakam oleh seorang pemandu kereta pada 7 malam semalam sebelum dimuatnaik ke laman sosial Facebook.
Video ini turut tular dan menjadi bahan bualan hangat netizen di media sosial. Kelibat berkenaan sering muncul di hadapan SMK Bintulu, setiap malam.
Pocong ditepi pokok besar
Kebetulan saya dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan laluan berkenaan apabila tiba-tiba muncul satu objek menyerupai pocong di tepi pokok besar sebelum hilang. Mulanya memang rasa terkejut dan sedikit takut, namun saya yakin ia bukan pocong seperti yang kecoh diperkatakan, sebaliknya perbuatan budak nakal.
Malah, situasi tersebut difahamkan kumpulan budak dipercayai berusia antara 7 hingga 9 tahun itu pernah dikejar pengguna lalu lintas, namun mereka pantas meloloskan diri. Bagaimanapun, ia kemudian membawa kepada penemuan beberapa set telekung ditinggalkan di lokasi berkenaan.
Pernah berlaku kemalangan akibat ‘pocong’
Setakat ini, kumpulan kanak-kanak itu belum berjaya ditangkap. Namun, kita berharap mereka menghentikan perbuatan itu kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna lalu lintas, begitu juga diri mereka.
Kegiatan menyamar sebagai pocong itu pernah menyebabkan berlaku kemalangan di lokasi berkenaan kerana pengguna lalu lintas terkejut dengan kemunculan objek berkenaan. Penduduk setempat juga berharap kegiatan ini perlu dihentikan dengan segera kerana dapat mengundang kemalangan jalan raya akibat terkejut melihat ‘pocong’ di bahu jalan.
Sumber: myMetro