berita

Terkejut Polis Minta Berhenti Tepi Jalan, Rupa-Rupanya..

November 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan sesetengah individu mungkin mempunyai perasaan ‘cemas’ apabila ditahan oleh pihak polis ketika sekatan jalan raya dilakukan. Namun, ini kisah yang dikongsi seorang gadis yang dikenali sebagai Nurul Syafika, apabila anggota polis meminta dia untuk memberhentikan kereta di tepi jalan.

Cuak!

Foto: Nurul Syafika

So tadi aku keluar kejap nak beli barang. Tiba tiba abg polis tu suruh berhenti tepi. Aku dah cuak gila rupanya tayar bocor. Tak pasal pasal diorang kena tukar kan tayar HAHAHA MALU NYA  Terima kasih!

Menerusi tweet tersebut, dia menjelaskan dia sedang keluar untuk membeli barang, namun secara tiba-tiba anggota polis yang sedang membuat sekatan jalan raya, meminta dia untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan. Pada mulanya, dia agak cuak apabila disuruh berbuat demikian.

Rupa-rupanya tayar keretanya telah bocor, dan pihak polis ketika itu bertindak menukar tayar keretanya. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh anggota polis yang berada di situ.

Tidak berakhir di situ, terdapat sesetengah netizen yang seolah-olah mempertikaian kenapa dia sendiri tidak ‘sedar’ tayar keretanya sudah bocor.

Benda baik kena viral

Cuak dengan polis

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membantu gadis tersebut dan perkara seperti ini perlu ditular kepada orang ramai.

Selain itu, terdapat juga individu-individu yang meluahkan perasaan ‘cuak’ mereka apabila berhadapan dengan anggota polis walaupon tidak membuat sebarang kesalahan.

Sumber: Nurul Syafika

SKIP THIS AD ×