Setiap manusia akan diuji oleh Allah S.W.T. dalam pelbagai bentuk dugaan yang mendatang. Di Felda Jengka, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhamad Iqram Hashim, 11 tahun diuji dengan cacat anggota tubuh akibat disambar api letupan.
Melecur dan parut kekal
Foto: Kita Reporters
Memetik laporan Harian Metro, insiden yang terjadi itu bukan hanya meninggalkan kesan melecur dan parut kekal, malahan fizikal Iqram tidak lagi normal seperti kanak-kanak yang lain. Tambahan pula, ketulan daging yang tumbuh di bahagian muka, tangan, telinga, dada, dan pahanya semakin mengecut, namun rasa gatal ‘luar biasa’ akan dihadapinya ketika berada di kawasan panas.
Saya hanya mampu meletakkan ubat krim terhadap tubuh Iqram sekiranya dia mengadu gatal. Malah, lengannya tidak dapat diluruskan selain berdepan masalah kerosakan gigi dan kulit. Pembedahan terhadap Iqram perlu dilakukan segera bagi mengelakkan anaknya berasa rendah diri apabila meningkat remaja kelak.
Menurut ibu mangsa, Suraya Abdul Manan, insiden tersebut telah menyebabkan anak sulungya itu berasa malu dengan keadaan fizikal tubuh badannya.
Kos pembedahan RM20,000
Gambar sekadar hiasan
Namun, bergelar sebagai seorang ibu tunggal yang tidak bekerja, menyebabkan Suraya tidak mampu menyediakan kos pembedahan yang menelan kos sebanyak RM20,000. Insiden hitam itu terjadi, ketika dia sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Felda Kumai, Bera, pada 26 November 2011.
Tanpa diduga tin kosong penyembur racun serangga yang berada di dalam sampah itu meletup. Iqram ketika itu berusia dua tahun dan berada kira-kira satu meter dari tapak pembakaran. Akibatnya dia disambar api dan menjerit kesakitan.
Anaknya perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan sekali bagi menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Suami saya, Hashim Mualaf, meninggal dunia pada April lalu akibat penyakit jantung.
Bagi orang awam yang ingin membantu Iqram boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141643641 atas nama Suraya Abdul Manan.
Sumber: Harian Metro