Personaliti media sosial, Ria Ricis kembali menjadi bualan dalam kalangan warganet gara-gara menangis ketika menyaksikan secara langsung lembu korbannya disembelih.
Orang yang sensitif
Menurut Ria, dia berasa bersyukur kerana dapat melihat lembu korbannya disembelih pada Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini. Meskipun kelihatan sedih pada waktu tersebut, Ria turut menzahirkan rasa gembira kerana dilimpahkan rezeki yang luas.
Tangisan itu bukan tanda saya kesedihan, tetapi mengenang kembali detik pertama bertemu dengan lembu yang dikorbankan itu sebelum kami berpisah.
Ujar Ria, dia seorang yang sensitif apalagi ketika sedang hamil. Bukan itu sahaja, emosinya juga sering berubah sejak belakangan ini.
Korban mengajar kita bahawa sekuat mana cintanya kita kepada makhluk hidup di dunia, kita harus lebih cinta kepada Allah.
Menerusi temubual bersama Beepdo, Ria ditemani suaminya, Teuku Ryan ketika berada di masjid Kebagusan Jakarta.
Video
Sumber: Beepdo