berita

Terkesan Tengok Isu Penganiayaan Kucing Makin Menjadi, Penerbit Bikin Filem Angkat Jadi ‘Hero’

April 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Haiwan kesayangan ramai iaitu kucing bakal diangkat sebagai ‘hero’ dalam sebuah filem dari Art Ornament Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan ‘Si Bulus’, Netizen Respon Hanya Pencinta Kucing Faham

Banyak kucing dianiaya

Menurut penerbit iaitu, Aida Othman, berkata, naskhah itu akan memulakan penggambaran pada November ini.

Kata Aida, idea tercetus selepas tersentuh melihat lambakan isu penganiayaan terhadap kucing yang banyak dikongsikan di media sosial.

Jelasnya lagi, satu kempen akan dijalankan bagi memberi kesedaran agar orang ramai lebih menyayangi ciptaan Allah SWT.

Saya terpanggil untuk hasilkan sebuah filem berkaitan dengan kucing sambil menjalankan kempen kesedaran mengenai haiwan kesayangan ramai tersebut.

Kita pun lihat begitu banyak isu penganiayaan kucing berlaku sejak kebelakangan ini dan bagi golongan pencinta kucing seperti saya, ia merupakan satu perkara yang amat menyedihkan dan menimbulkan kekesalan.

Justeru, menerusi saya percaya, menerusi penghasilan filem, ia adalah satu medium terbaik untuk menerapkan pemahaman yang berkesan kepada masyarakat tentang isu ini.

Tetapi saya faham, dari sudut perfileman, naskhah yang diterbitkan itu perlulah ada nilai komersial supaya ia jadi lebih menarik dan dapat ditonton seisi keluarga tanpa mengira usia.

Selain itu, Aida tidak menafikan penghasilan filem tersebut memerlukan sejumlah dana yang besar. Bagaimanapun, Art Ornament percaya dengan sokongan daripada semua pencinta kucing di seluruh negara akan merealisasikan usaha ini.

Kami mahu semua pencinta kucing sertai kempen dan usaha murni kami untuk terbitkan filem ini. Kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk dana kewangan, cuma RM1 seorang untuk kami realisasikan pembikinan filem ini yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2.3 juta.

Bagaimanapun, sasaran kami adalah sebanyak RM2.5 juta kerana sebahagian daripada hasil kutipan dana itu nanti akan disalurkan juga kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal, tidak kira untuk membantu keperluan haiwan kesayangan mahupun bagi membantu individu yang dalam kesusahan.

Ini kerana, hasrat kami sejak menubuhkan produksi ini 12 tahun lalu, selain mahu bersama-sama menggerakkan industri perfileman dan drama tempatan, kami juga meletakkan misi untuk berbakti dan membantu mana-mana pihak yang memerlukan.

Ditanya mengenai berapa peratus penglibatan kucing dalam filem genre aksi itu, jawab Aida, sudah 70 peratus.

Filem ini memang berisiko besar sebab perlu buat persediaan yang rapi dan kena betul-betul faham apa yang penonton mahukan. Di Malaysia ini, penonton kita nak hiburan, tak nak cerita yang berat.

Jadi kena ada juga elemen komersial itu. Bagaimanapun orang kita suka tonton cerita aksi. Saya percaya dan yakin filem yang bakal kami hasilkan ini dapat menarik ramai penonton dan tidak mustahil mampu mencipta fenomena.

Boleh derma online

Dalam pada itu, perancangan untuk filem ini juga telah melibatkan beberapa usahasama Art Ornament bersama NGO Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (AMANAH), Persatuan Suara Haiwan Malaysia, Bigshot Entertainment dan Adverthype.

Di samping itu, satu laman sesawang juga akan diwujudkan oleh pihak Art Ornament bagi tujuan kemudahan akses pengguna yang mahu membuat sumbangan dana untuk projek filem ini.

Kami mahu mengelak daripada sebarang dakwaan negatif, maklum sajalah, bila berkaitan dengan kewangan ini dibimbangi wujud tuduhan tidak betul contohnya penyelewengan.

Jadi, menerusi laman sesawang itu nanti kami akan paparkan secara telus jumlah kutipan setiap hari dan terkini yang boleh dilihat oleh pengguna dan penyumbang dana.

SKIP THIS AD ×