Pencinta kucing semestinya mengemarkan setiap saat bersama kucing peliharaannya. Hal ini termasuklah tidur bersama dan berkongsi makanan.
Namun begitu, tindakan pelakon Nabila Huda yang berkongsi makanan bersama kucingnya membuatkan ramai warganet ‘kembang tekak’.
Artikel Berkaitan: ‘Sahabat Sendiri Boleh Iri Hati & Aniaya’ – Nabila Huda Kecil Hati Orang Sekeliling Ada Sifat Hasad Dengki?
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Media Sosial Ni Bahaya’ – Nabila Huda Tegur Sikap Netizen Suka Rakam Tanpa Izin Demi ‘Viral’
Artikel Berkaitan: ‘Brown-Skinned Kan Seksi?’ – Nabila Huda Pelik Ramai Wanita Melayu Obses Nak Kulit Putih, Pesan Jangan Mudah Terpengaruh
Kembang tekak
Menerusi hantaran di TikTok, Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil dilihat sedang menikmati bijirin bersama susu. Namun, kucing peliharaannya itu datang dan minum susu pada mangkuk yang sama.
Sharing is caring.
Hal ini meraih perhatian netizen yang dikatakan ‘kembang tekak’ dengan tindakan Abil yang meneruskan makan walaupun lidah kucingnya sudah tersentuh di dalam makanannya.
@abilsuhaimi Sharing is caring ? #Fyp
Pencinta kucing je faham
Bagaimanapun, kebanyakan netizen memahami situasi yang dikongsi Abil kerana dikatakan hanya pencinta kucing sahaja yang berkelakuan sebegitu.
Sumber: TikTok @abilsuhaimi