berita

[Terkini] Video Luahan Hati Diana Rafar Selepas Rujuk Semula Dengan Zamarul Hisham

May 15th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-05-14 at 11.08.42 PM

“Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kami semula” merupakan lafaz rujuk yang disebut oleh Zamarul secara lisan di rumah mereka pada jam 11.3o malam kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.

Alhamdulillah. Kami pun tumpang gembira apabila Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu.

Malah, Diana juga ada memuatnaik video luahan hatinya di laman Instagram, sejurus selepas mereka bergelar suami isteri semula.

Terima kasih Allah terima kasih semua syukur Alhamdullilah….

A video posted by [email protected] (@dianarafar) on

Untuk rekod, Zamarul dan Diana disatukan sebagai suami-isteri pada 16 Mei 2009 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haiqal yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, kisah perceraian mengejut mereka pada bulan Januari yang lalu mengundang pertanyaan orang ramai. Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka. – Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×