berita

Terlampau Banyak Kucing Peliharaan Di Rumah, Syada Amzah ‘Open For Adoption’?

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

syada kucing

Kemelut berkenaan isu rumah banglo antara penyanyi, Shila Amzah dan keluarganya sehingga kini masih menyorot perhatian ramai.

Terbaharu, terdapat pula isu kucing yang terlalu banyak di rumah tersebut sehingga didakwa menjadi beban kewangan keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Terkejut Kucing Di Rumah Hulu Langat Jadi 50 Ekor, Dakwa Kekasih Syafiq Tambah Lagi 10

Artikel Berkaitan: ‘Mak Nak Landed Rumah Sebab Ada 50 Ekor Kucing’ – Amir Syafiq Perjelas Kenapa Tak Nak Kondominium

Kucing untuk diadopsi

syada kucing

Menerusi hantaran di Intsgram Story (IG), adik kepada Shila iaitu Syada memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari mana-mana individu yang berminat untuk membela kucing peliharaannya.

Sesiapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak. Yang tak kisah warna atau umur boleh mesej saya, yang serius sahaja tau.

InsyaAllah hujung November atau awal Disember lepas siap renovasi.

Terdahulu, Shila mendakwa bahawa haiwan tersebut sudah pun bertambah sebanyak 50 ekor yang dipercayai di tempatkan di banglo keluarganya di Hulu Langat.

Shila turut mendakwa sebelum ini terdapat 10 ekor kucing telah dibawa masuk ke kediaman itu oleh kekasih adiknya, Amir Syafiq.

Susulan itu, pelantun lagu Patah Seribu tersebut memaklumkan kepada ibunya untuk tidak membawa kesemua kucing tersebut ke kediaman baharu mereka nanti.

Sumber: Instagram Syada Amzah

SKIP THIS AD ×