berita

Terlanjur Berkahwin Dengan Lelaki, Imam Di Uganda Ini Kena Gantung Tugas

January 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Uganda, seorang imam telah digantungkan tugas kerana tindakannya mengahwini seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila ‘wanita’ itu mengatakan niatnya untuk berkahwin dengan imam tersebut adalah kerana ingin mencuri wang milik lelaki itu.

Terbongkar lepas ditahan polis

 

Menerusi laporan Daily Monitor, imam, Sheikh Mohammed Mutumba memberitahu dia langsung tidak mengetahui identiti sebenar ‘isteri’nya itu kerana sejak mereka berkahwin sebulan yang lalu, pasangan ini dikatakan tidak pernah melakukan hubungan intim kerana penyamar itu mendakwa dia didatangi haid. Oleh kerana alasan yang diberikan itu, mereka tidak pernah bersama.

Menurut media tempatan di Kayunga, penyamar yang menggunakan nama Swabullah Nabukeera ini hanya terbongkar selepas dia ditahan pihak polis kerana melakukan jenayah mencuri televisyen dan pakaian milik jirannya itu.

Penggantungan tugas

Selepas ditahan polis, penyamar ini kemudian mengakui dia adalah seorang lelaki dan nama sebenarnya ialah Richard Tumushabe. Richard juga turut mengakui dia nekad mengahwini imam berkenaan semata-mata ingin mengaut keuntungan dengan mencuri wang milik lelaki itu. Tambahnya lagi semasa dibicarakan di mahkamah, dia mengakui kesalahannya dan menyesal akan tindakannya itu.

Sementara itu, imam Sheikh turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Richard kerana melakukan penyamaran dan mengambil kesempatan keatas dirinya. Menurut seorang rakan Sheikh, dia tidak sangka ‘isteri’ Sheikh merupakan seorang penyamar kerana jika dilihat dari segi cara berjalan dan suaranya yang lembut sama seperti seorang wanita tulen.

Dalam pada itu, Ketua Imam, Sheikh Isa Busuulwa berkata pihak mereka akan mengambil langkah penggantungan tugas ke atas Sheikh kerana ingin menjaga integriti.

Sumber: Daily Monitor, Daily Mail

SKIP THIS AD ×