berita

Terlantar Di ICU, Hazami Terkejut Dengan Khabar Angin Sudah Meninggal Dunia

August 13th, 2015 | by Ash Nordin
Lensa Insta

HazamiICU1

Sebelum ini kita dikahabrkan bahawa penyanyi “Sonata Musim Salju” Nor Kamal Hazami Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hazami ini terlantar du ICU kerana mengalami penyakit usus.

Namun, menerusi perkembangannya melalui Instagram, Hazami kini sedang berehat di rumah ibunya di samping meneruskan rawatan susualan di hospital nanti. Tetapi ada sesuatu perkara yang mengejutkan beliau dengan khabar angin mengenai dirinya.

Jika Terdapat Sebarang Khabar Angin Mengenai Saya, Harap Tanya Dan Mendapat Berita Yang Sahih

HazamiICU2

Apabila tersebarnya khabar dimana Hazami berada di ICU pada ketika itu, terdapat beberapa laman web mengeluarkan berita yang kurang menyenangkan tentang dirinya mengenai tajuk berita tersebut.

Dalam kapsyen Instagram Hazami mengatakan bahawa dia agak terkejut dengan khabar angin tersebut :

Assalamuailakum. Saya Nor Kamal Hazami bin Ahmad @ HAZAMI bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba ini dan pada malam ini saya amat terperanjat menerima berita terkini mengenai saya di beberapa ruangan media tempatan. Saya ingin maklumkan di sini bahawa saya kini berada di rumah ibu saya untuk berehat di samping meneruskan rawatan susulan di hospital nanti. Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kudrat dan nafas untuk terus berbakti di dunia seni hiburan tanahair. Jika terdapat sebarang khabar angin atau berita yang kurang menyenangkan mengenai saya, saya amat berharap dahuluilah dengan bertanya dan mendapat berita yang sahih sebelum sebarang cerita di keluarkan. Untuk pengesahan atau info berkenaan saya bolehlah hubungi Cloudworks Entertainment melalui Fahrul Arazi di talian 017-5580056 atau Aszuad Zakaria di talian 016-6838444. Terima kasih

Hmm, kami harap Hazami jangan ambil pusing, bersabar dan kuatkan semangat supaya cepat sembuh agar dapat meneruskan perjuangan dalam bidang seni tanah air ini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×