berita

Terlantar Sakit Tak Boleh Bangun, Pelajar Perempuan Dakwa Dipukul Rakan?

May 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu mendakwa telah dipukul oleh dua pelajar perempuan yang lain di sebuah sekolah di Bukit Beruntung, Rawang, Selasa yang lalu.

Kisah mengenai pelajar malang ini, telah dikongsikan menerusi satu posting oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia  (PPIM) di laman Facebook.

Budak sekolah dipukul

Foto: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 3.28 petang, dan pihak sekolah telah memaklumkan kepada keluarga mangsa akan keadaannya yang terlantar sakit di kawasan perkarangan sekolah. Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badannya kini tidak mampu bergerak dan sering kali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.

Mahu tindakan segera diambil

Foto: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Menerusi temu bual yang dijalankan oleh pihak PPIM, ibu kepada mangsa menggesa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan kepada individu yang memukul anaknya.

Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Anak saya dipijak dan dipukul, tak akan tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil?

Pada masa yang sama, pihak keluarga mangsa sudah membuat laporan polis dan masih menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Laporan polis telah pun dikemukakan namun, keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

SKIP THIS AD ×