berita

Terlebih Makan ‘Ubat Kuat’, Pasangan Pengantin Baru Maut Dalam Bilik Hotel

October 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pasangan pengantin baru dilaporkan maut di sebuah bilik hotel di Indonesia dipercayai akibat mengambil ubat kuat atau ubat perangsang seks secara berlebihan.

Pengantin baru maut

Memetik laporan Jogja Tribunnews, pasangan suami isteri yang berusia 27 dan 30 tahun itu ditemui tidak bernyawa oleh kakitangan hotel pada 3 Oktober lalu. Menurut sumber, pasangan terbabit telah check-in pada 1 Oktober dan sepatutnya check-out dari hotel berkenaan pada 3 Oktober lalu. Namun, mereka tidak mendaftar keluar.

Oleh hal demikian, kakitangan hotel cuba menghubungi mereka namun gagal. Disebabkan itu, kakitangan hotel melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan sebelum pasangan terbabit ditemui tidak bernyawa. Malah mayat kedua-dua mangsa mula mengeluarkan bau.

Menurut Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti, pihaknya bergegas ke hotel berkenaan selepas menerima laporan berhubung kejadian. Hasil bedah siasat mendapati tiada tanda-tanda kekerasan pada tubuh badan mangsa.

Kedua-duanya meninggal dunia kerana disyaki terlalu banyak mengambil ubat kuat sehingga mengakibatkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah sebelum meninggal dunia.

Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu. Sebuah botol suplemen atau ‘ubat kuat’ ditemukan kosong serta satu satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan.

Sumber: Jogja Tribunnews

SKIP THIS AD ×