berita

Terlepas Hukuman Penjara, Bekas Suami Ziana Zain Didenda RM8 Ribu

May 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas suami penyanyi, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri terlepas daripada hukuman penjara selepas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Artikel berkaitan: Rotan Anak, Bekas Suami Ziana Zain Fail Rayuan Ketepi Hukuman Penjara

Jangan putus hubungan

Menurut hakim, Hasbullah Adam menetapkan sedemikian selepas membenarkan rayuan Armin mengetepikan hukuman penjara lapan bulan yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 28 September 2020. Sekiranya gagal membayar denda itu, bekas pramugara itu boleh dipenjara enam bulan. Pada prosiding keputusan rayuan itu juga, mahkamah bagaimanapun menolak bagi mengetepikan sabitan dikenakan kepada Armin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Hasbullah turut memberi nasihat dan berharap Armin dapat mengawal diri pada masa hadapan.

Hubungan anak dengan bapa tidak akan putus. Anak tetap anak. Sampai mati pun tetap anak, jangan putus hubungan.

Terdahulu, majistret, Sabreena Bakar menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Armin selepas dia didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan. Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari 2018. Berikutan daripada itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×