berita

Terokai Pengalaman Kulinari Mudah Dengan pandamart

April 21st, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Satu inisiatif dari foodpanda Malaysia iaitu kit bahan masakan pandamart diperkenalkan untuk berkongsi ciri-ciri penting pandamart yang menawarkan pilihan yang luas serta berkualiti untuk apa sahaja tujuan dan paling penting sekali dengan kemudahan yang tiada tandingan.

“Ketika kami lancarkan pandamart pada tahun lepas, ia sememangnya dengan niat untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan kami. Kami sudah mempunyai rekod yang baik dalam membawakan keceriaan melalui penghantaran makanan, namun kami tahu bahawa kami boleh membawa kepakaran ini ke perkhidmatan lain juga.

Maka, lahirlah pandamart – rangkaian stor runcit awan (cloud store) kami. Dengan pandamart, rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk boleh mendapatkan barangan runcit, keperluan rumah dan bahan masakan yang diperlukan, dihantar terus ke pintu rumah mereka sepantas kilat,” kata Ashutosh Gandhi, Pengarah pandamart.

Kit bahan masakan pandamart menampilkan resipi unik yang diilhamkan oleh chef foodpanda yang bertaraf antarabangsa. Setiap kit didatangkan dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi mengikut sukatan yang diperlukan, beserta resipi yang senang diikut, membolehkan seseorang tukang masak amatur berubah menjadi pakar masakan.

pandamart direka khas untuk penghantaran sahaja, stor fizikal tidak boleh dikunjungi oleh orang awam. Teknologi dan data intelligence merupakan asas penubuhan setiap pandamart – daripada pengenalpastian lokasi, ke pemilihan penawaran produk di setiap stor dan bagaimana inventori disusun di setiap ruangan, untuk meningkatkan kecekapan pemilihan supaya barangan runcit dan keperluan rumah boleh dibungkus dengan lebih cekap dan dihantar kepada pelanggan secepat mungkin.

Kepada mereka yang ingin memaksimakan keceriaan dalam pengalaman menggunakan pandamart, berikut disediakan baucar bagi bulan April yang menawarkan diskaun bagi pesanan.

TRYPANDAMART
Jika anda masih belum mencuba pandamart, ini adalah peluang terbaik. Gunakan kod TRYPANDAMART untuk menikmati potongan RM15 daripada pesanan pandamart anda yang bernilai RM20 ke atas.
Kempen sah sehingga 30 April – sementara stok masih ada.

JOMJIMART
Inginkan lebih penjimatan, cuba kod JOMJIMART untuk menikmati potongan RM10 daripada pesanan pandamart anda yang bernilai RM30 ke atas.
Kempen sah sehingga 30 April – sementara stok masih ada.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×