Foto: Alshad Ahmad
Nama pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Alshad Ahmad menjadi bualan hangat netizen selepas ada dakwaan mengatakan Alshad telah menghamilkan bekas teman wanitanya, Nissa Asyifa sebelum mereka bernikah.
Kahwin lepas hamilkan bekas kekasih
Foto: Alshad Ahmad
Menurut sumber, Alshad dan Nissa tidak pernah mengumumkan tentang perkahwinan mereka dan pasangan ini didakwa terpaksa bernikah secara rahsia pada September 2022 kerana pada ketika itu, Nissa sedang sarat hamil lapan bulan. Namun, rumah tangga pasangan ini dikatakan bertahan selama dua bulan sahaja sebelum mereka membawa haluan masing-masing.
Difahamkan, rekod perceraian menunjukkan Alshad dan Nissa secara rasmi sah bercerai pada hujung Disember tahun lalu. Alshad yang merupakan sepupu kepada pengacara Raffi Ahmad dikatakan memilih untuk berpisah bercerai kerana tiada persefahaman antara mereka malah sepanjang berumah tangga, mereka sering bertengkar.
Tiara dan Alshad
Foto: Alshad Ahmad dan Tiara Andini
Malah ada dakwaan mengatakan, Alshad berkahwin dengan Nissa ketika dia sedang menjalinkan hubungan bersama Tiara Andini sejak Mac 2022. Namun pada November 2022
Tiara seakan memberi bayangan bahawa hubungannya bersama pempengaruh itu sudah berakhir. Tetapi pada Januari 2023, Tiara memuat naik foto bersama Alshad dan ianya secara tidak langsung menunjukkan mereka sudah berbaik.