berita

Terpaksa Tangguh Berkhatan, Anak Nazrief Nazri Positif Covid-19 – ‘Saya Faham Nurse Geram Dengan Noah Tapi …’

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Nazrief Nazri dan isteri, Aziatul Aqma Hamdan berkongsi berita sedih apabila anak lelaki mereka, Noah yang berusia dua bulan disahkan positif COVID-19.

Kena tangguh khatan

Menurut Aziatul Aqma, Noah sepatutnya dijadualkan berkhatan pada hari ini. Namun, terpaksa ditangguhkan selepas keputusan PCR menunjukkan positif walaupun Noah tidak mengalami simptom kecuali berkahak.

Sepatutnya hari ini berkhatan Noah, tapi sedihnya anak saya disahkan positif COVID-19. Saya dan suami negatif.

Noah kuat sangat, buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik dan Noah tak ada simptom, cuma berkahak sikit je.

Dan Noah sampai sekarang tak meragam atau menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu.

Buat kerja ikut SOP

Dalam pada itu, Aziatul Aqma turut meninggalkan peringatan kepada petugas kesihatan supaya lebih berwaspada dan sentiasa menjaga Standard Operasi Prosedur (SOP) bagi mengelakkan perkara tidak diingin berlaku pada masa akan datang.

Tegasnya, selagi negara masih belum sembuh daripada virus Covid-19, selagi itu tidak boleh sesuka hati menyentuh anak kecil.

Terdahulu, Nazrief dan Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan tersebut, mereka menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Sumber: Instagram @nazrief_nazri, @angellajoliey

SKIP THIS AD ×