berita

Tersentuh Baca Kisah Bapa Gendong Anak Semasa Cari Rezeki, Ebit Lew Hadiahkan Motosikal Baru

June 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong anaknya ketika keluar mencari rezeki.

Nampak kaki kecil terjuntai

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang penjawat awam terserempak dengan ‘rider’ penghantar makanan di Jalan Chan Sow Lin. Menurut penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Khairul, dia ternampak kaki anak kecil terjuntai keluar tatkala rider tersebut sedang membawa motor. Berikutan daripada itu, Khairul bertindak menghampiri lelaki tersebut dan bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi, saya potong dia untuk lihat lebih dekat. Sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan dia tutup kepala anak. Dia ada tiga anak, seorang tengah bersekolah dan seorang lagi dijaga oleh ibunya. Isterinya juga pergi bekerja.

Mendengar kisah yang dikongsikan, Khairul menawarkan pekerjaan buat lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, perkongsian Khairul mengenai kisah lelaki tersebut berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Menangis masa jumpa

@ustazebitlew Hadiah motor untuk abg foodpanda viral #ebitlew#fyp#ebitlew#fyp ? Di Luar Kemampuanku – Ukays

Di Facebook, Ustaz Ebit Lew antara individu yang tersentuh dengan kisah lelaki tersebut. Bagi memudahkan urusan lelaki tersebut, Ustaz Ebit telah menghadiahkan sebuah motor baru dan mencari pengasuh untuk anak kecilnya. Ujar Ustaz Ebit, dia akan membayar upah pengasuh.

Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.

Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah. Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana yer.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×